Monday, May 21, 2012

NIK AZIZ ANGGAP MUZAKARAH PAS-UMNO MACAM SUATU PERKAHWINAN




#Srwkamek Berikutan ramai di kalangan rakyat terutama ahli-ahli UMNO yang meragui muzakarah PAS dan UMNO, Nik Aziz telah menjelaskan bahawa muzakarah ini boleh diumpama sebagai suatu perkahwinan.

Pelawaan Nik Aziz untuk PAS dan UMNO bermuzakarah adalah baik dan disambut dengan gembira oleh orang Melayu sama ada PAS mahupun UMNO. Bagaimanapun, tindakan Nik Aziz mengenakan 2 syarat untuk muzakarah itu terhasil adalah suatu yang tidak logik dan semacam tidak ikhlas.

Berikutan itu, Nik Aziz menjelaskan muzakarah PAS dan UMNO ini umpama suatu perkahwinan. Ini kerana dalam perkahwinan pun perlu ada syarat-syaratnya.

Jawapan Nik Aziz ini seumpama mahu menyindir UMNO yang menemplak Nik Aziz dengan syarat-syarat yang dikenakan itu tidak masuk akal.

Nik Aziz juga menemplak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegaskan jika mahu bermuzakarah tidak perlu syarat.

Menurut Nik Aziz "siapa kata tak ada syarat, dia tak tahu pun. Memang ada syarat, macam mana kerjasama tidak ada syarat."

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan, setiap perkara yang dilakukan dalam Islam adalah ikhlas dan yang tidak ikhlas itu munafik.

Persoalan di sini, jika ikhlas kenapa perlu bersyarat???

1 komen:

  1. Macamlah Nik Aziz ni ikhlas seratus peratus. Kalau ikhlas mengapa letak syarat. Ini semua gimik dia. Syarat yg diberi tak masuk akal. Bila umno tak setuju dia akan kata umno tolak muzakarah. Dulu siapa yg tolak kerajaan perpaduan. Nak dekat PRUI3 dia berlakon dgn skrip yg ditulis DAP. Umno tak perlu pada PAS.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger