Friday, May 11, 2012

S.AMBIGA HARUS WUJUDKAN PARTI POLITIK BERSIH BUKAN JADI NGO




Melihat kepada apa yang berlaku pada 28 April 2012 lepas, ternyata objektif BERSIH sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) adalah gagal. Ini kerana tidak relevan untuk BERSIH membuat perhimpunan kerana matlamat sebenarnya adalah untuk politik.

Adalah disarankan agar BERSIH itu dijadikan sebuah parti politik dan jadikan S.Ambiga menjadi Presiden parti seperti Wan Azizah dan Lim Kit Siang. Juga, bertanding dalam PRU-13 akan datang dan jika dipilih rakyat boleh berdebat di dalam Dewan Rakyat.

Ternyata keputusan SPR menambahbaikan sistem pilihan raya dengan mengambil kelulusan PSC juga dianggap suatu yang masih tidak memuaskan hati BERSIH sedangkan ada beberapa tuntutan BERSIH sebelum ini telah diluluskan.

Jika beberapa tuntutan BERSIH 2.0 telah diluluskan mengapa S. Ambiga masih juga dengan perangainya mahu mengadakan BERSIH 3.0 kecuali dengan ada agenda jahatnya. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger