Wednesday, May 16, 2012

SAYA KELUAR DAP: TUNKU ABDUL AZIZ TIDAK TERMAKAN PUJUK RAYU DAP




#Srwkamek Sebelum ini tidak ada seorang pun pemimpin DAP yang mahu mendengar keluhan Tunku Abdul Aziz mengenai perhimpunan BERSIH 3.0. Sebaliknya cacian dan kritikan yang diterima Tunku Abdul Aziz ekoran kenyataannya yang tidak menyokong BERSIH 3.0. Lebih memburukkan lagi situasi, DAP mengancam dengan tidak akan menyambung kontrak jawatan senator kepada Tunku Abdul Aziz.yang akan tamat tidak lama lai biarpun sebelum ini memberikan kelulusan untuk menyambung kontrak senator.

Kini setelah mengumumkan keluar DAP baharulah semua pemimpin DAP termasuk anak beranak seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng cuba memujuk kembali Tunku Abdul Aziz kepada DAP.

Mereka akui keterlibatan Tunku Abdul Aziz dalam DAP banyak membantu parti itu untuk menarik sokongan terhadap orang Melayu kepada DAP. Demikian juga, penyertaan Tunku Abdul Aziz akan dapat mengukuhkan DAP sebagai parti yang terbuka dan pelbagai kaum. Selama ini DAP dilihat sebagai sebuah parti untuk orang Cina dan rasis.

Walau apa cara sekalipun, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan beliau tidak akan kembali kepada parti itu biar pun dipujuk oleh sesiapa juga.

Tindakannya meninggalkan DAP dilakukan secara bermaruah dan keputusan tersebut adalah muktamad.

"Saya cuma kata perhimpunan Bersih 3.0 adalah aktiviti haram, mengapa saya perlu dikecam dan sekarang bila saya buat keputusan untuk tinggalkan parti, baru nak kecoh minta saya kembali.

Selama dalam DAP, kebebasan bersuara itu langsung tidak dipraktikan sebaliknya mereka mengamalkan kuasa diktator. Sebab itu, DAP tidak mahu mendengar setiap pandangan dan keluhan pemimpin lain dan bawahan sekiranya pemimpin mereka telah menegaskan sesuatu keputusan. 


1 komen:

  1. Dah lama jadi barua kapiaq..
    Alhamdulillah sekarang baru sedar.
    Ada lagai barua2 kapiaq termasuk yang mengaku ulamak dan bermegah dgn gelaran Tuan Guru tetapi masih lg dibuai mimpi indah Kapiaq DAP.
    Moga2 Allah akan buka pintu hati mereka.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger