Wednesday, May 2, 2012

SELEPAS ANWAR IBRAHIM, AZMIN ALI PULA TERKANTOI




Pada awal tahun 2011, PKR dan Pakatan Pembangkang dikejutkan dengan video skandal seks Anwar Ibrahim bersama Chinadoll selepas pembongkaran oleh Datuk T. Pembongkaran itu membawa kepada penangkapan Datuk T dan dikenakan denda disebabkan menayangkan gambar atau video lucah kepada orang awam. Trio Datuk T dikenakan denda, tetapi sehingga kini kes video lucah Anwar Ibrahim bersama Chinadoll itu masih senyap seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Di sepanjang video itu tersebar, isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah berada dalam keadaan tertekan hinggakan soalan wartawan berhubung di manakah jam Omega milik Anwar Ibrahim itu tidak dapat dijawab sehingga kini. Malah, pelbagai macam variasi jawapan yang diberikan dua beranak itu dan kesemuanya tidak konsisten.


Terbaru, skandal yang berlaku tahun lepas ke atas Anwar Ibrahim telah dihadapi sama oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Apakah ini sekali lagi jawapan yang sama iaitu perut pelaku dalam video dan gambar ini boroi?

Selepas gambar dan video Azmin Ali tersebar, seperti biasa sama seperti bosnya, Anwar Ibrahim membuat sidang akhbar bagi menafikan pembabitannya dalam gambar tersebut sebaliknya menyalahkan UMNO dan BN. Jika benar UMNO dan BN yang melakukan perbuatan itu, kenapa hanya gambar seorang lelaki mirip Azmin Ali dan seorang wanita yang berada dalam gambar itu. Apakah setiap perlakuan seks yang membabitkan pemimpin Pakatan Pembangkang adalah angkara UMNO dan BN?


Jika benar Azmin Ali berasakan bukan dirinya yang berada dalam gambar tersebut, kenapa tidak membuat laporan polis? Biar polis melakukan siasatan. Usah berdolak dalih terhadap perbuatan tersebut jika benar melakukan.

Ternyata kali ini Azmin Ali sudah terkantoi dengan blogger patriotik Papagomo. Hanya melalui media sosial telah menyebabkan Azmin Ali terkantoi dan tertunduk malu. 

1 komen:

  1. cuba tanya anugerah tuhan gambar ni tulen ke tak. tanyalah orang berpengalaman mcm si anugerah tuhan tu. dia memang pakar dalam bab bab depan belakang tulen ke tak ke

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger