Tuesday, May 15, 2012

SELEPAS DIHIDANGKAN BURGER, S.AMBIGA DIHIDANGKAN SENAMAN PUNGGUNG




#srwkamek Tidak sampai seminggu S.Ambiga dihidangkan dengan Burger pemberian Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), pagi tadi sekumpulan bekas-bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) telah menghadiahkan SENAMAN PUNGGUNG di hadapan rumah S.Ambiga. Bagaimanapun, fenomena yang diilhamkan bekas-bekas tentera PVTM ini mendapat kecaman daripada blogger Pakatan Pembangkang. Mereka ini sangat sayangkan S.Ambiga ini. Di bawah ini sebahagian petikan bloggers Pakatan Pembangkang terhadap fenomena PVTM pada pagi tadi di hadapan rumah S.Ambiga.

“Tentu diantara kita malu dengan aksi sekumpulan bekas tentera ini... namum inilah hasil dari politik lucah yang selalu dimainkan oleh media... mungkin bagi mereka yang melakukan aksi ini ia adalah pekara biasa atau dikatakan satu senaman! Tapi takkan dah tak ada aksi lain nak bersenam didepan rumah orang? dan dari pekara biasa inilah maka akan lahir generasi muda yang akan beraksi seperti ini nanti!!! malulah sikit dengan anak-anak!!!

Melihat kepada komen blogger ini ternyata disebabkan sekumpulan bekas-bekas tentera Melayu seramai 15 orang telah dikatakan sebagai politik lucah dan wujud perasaan malu.

Apakah kelakuan perusuh-perusuh dan beruk-beruk semasa perhimpunan BERSIH 3.0 itu tidak malu? Dan, kerana 15 orang bekas tentera Melayu ini yang bersenam punggung telah menyebabkan kumpulan bloggers Pakatan Pembangkang melenting tak tentu pasal.



Bagi Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom menyatakan senaman itu diadakan untuk menyampaikan bantahan terhadap S.Ambiga, yang dianggap mereka 'musuh negara yang cuba merosakkan nama negara'.

Tegas Mohd Ali lagi, kami veteran tentera berhak buat bantahan terhadap musuh yang cuba merosakkan nama negara.

Senaman itu juga sebagai bantahan ke atas S.Ambiga yang dikaitkannya dengan gerakan seks bebas.

"Kami beri amaran keras kepada S.Ambiga supaya segera minta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan BERSIH dan seks bebas.

S.Ambiga yang muncul di hadapan pintu rumahnya berasa sakit hati melihat perbuatan bekas-bekas tentera Melayu. Melihat S.Ambiga, Mohd Ali menyerahkan kad manila kepada S.Ambiga untuk diserahkan kepada Anwar Ibrahim.

Sebelum memulakan senaman punggung kumpulan bekas-bekas tentera Melayu itu telah berarak sejauh kira-kira 20 meter ke arah pintu pagar rumah Ambiga dan membawa sepanduk dengan slogan 'Tolak Ambiga Anwar perusuh haram BERSIH 3.0' dan 'Tolak Ambiga Anwar gila kuasa'.

Justeru, acara senaman PVTM pagi tadi adalah 'demonstrasi' kedua di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa sebulan. Apakah pula hadiah selepas ini kepada S.Ambiga? Sama-sam kita fikirkan.


0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger