Friday, May 11, 2012

SPR VS BERSIH 3.0




Selepas menerima kelulusan daripada PSC, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2 April telah menjelaskan akan mewartakan sebanyak 22 tuntuan tersebut. PSC ditubuhkan bagi tujuan menambahbaik sistem pilihan raya seperti mana yang kerap dilaksanakan SPR setiap kali Pilihan Raya Umum.

Bagaimanapun, pada 3 April sehari selepas pengumuman SPR, S.Ambiga, Pengerusi BERSIH sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang haram kerana tidak berdaftar secara sah daripada ROS telah mengumumkan BERSIH 3.0 ‘Duduk dan Bantah’ yang telah diadakan pada 28 April 2012 di Dataran Merdeka. Selain Dataran Merdeka, BERSIH 3.0 juga diadakan di beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak.


Apakah rasionalnya S.Ambiga dan BERSIH 3.0 mengadakan perhimpunan tersebut sedangkan SPR sudah meluluskan 22 tuntutan termasuk beberapa tuntutan BERSIH 2.0 sebelum ini? Rasionalnya, BERSIH 3.0 ini diadakan adalah bertujuan untuk memusnahkan kerajaan sedia ada seperti mana yang berlaku di negara-negara Asia Barat pada kebelakangan ini. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger