Saturday, May 5, 2012

SUHAKAM + BERSIH 2.0 = PAKATAN PEMBANGKANG




Setelah hampir setahun BERSIH 2.0 diadakan dan selepas BERSIH 3.0 yang menyaksikan banyak kemusnahan harta benda, kini Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bersuara mahu menekankan bahawa peserta-peserta perhimpunan harus diberi ruang untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan pendapat mereka.

Akta Perhimpunan Aman 2012 yang telah dijadikan panduan dalam membenarkan Perhimpunan BERSIH 3.0 menjelaskan segalanya bahawa setiap kali perhimpunan yang menyasarkan ramai orang pastinya tidak akan terkawal. Malah kesempatan ini digunakan sepenuhnya Pakatan Pembangkang untuk menghancurkan negara dengan menjadikan polis sebagai kambing hitam sedangkan tugas mereka hanyalah menjaga keselamatan.

Menurut laporan itu, sementara panel inkuiri menyedari tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjaga keselamatan negara, tetapi segala aktiviti pihak berkuasa haruslah mengambil kira hak-hak individu dan memastikan hak-hak yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara dapat diamalkan oleh individu-individu ini.

Panel inkuiri dipengerusikan oleh Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee manakala anggotanya terdiri daripada Prof Emeritus Datuk Dr Mhamood Zuhdi Ab Majid dan Detta Samen.


Sebelum perhimpunan berkenaan diadakan, kerajaan telah mengisytiharkan pergerakan tersebut sebagai sebuah entiti yang tidak sah dan pelbagai langkah pencegahan telah diambil oleh PDRM termasuk melakukan tangkapan terhadap individu-individu yang mempunyai kaitan dengan pergerakan berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri dan PDRM juga telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang menyebut bahawa perhimpunan tersebut tidak sah kerana tidak mendapat permit di bawah Seksyen 27, Akta Polis 1964.

Laporan itu juga berkata, panel inkuiri berpendapat bahawa anggota-anggota yang melakukan tangkapan harus lebih berhati-hati dan mengelakkan dari menggunakan kekerasan sekiranya tidak diperlukan.


Apakah sekiranya perusuh-perusuh BERSIH 2.0 ini diboleh dan dibenarkan melakukan kekerasan ke atas anggota polis? Dan, dalam masa yang sama tidak boleh mempertahankan dirinya biarpun dipukul?

SUHAKAM ini dah jadi alat nombor 2 Pakatan Pembangkang selepas BERSIH yang pada asasnya adalah pertubuhan haram yang tidak berdaftar. 


0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger