Tuesday, May 15, 2012

TUNKU AZIZ KELUAR DAP BERKUATKUASA HARI INI




#srwkamek Bagi menegaskan prinsip hidupnya sebagai seorang Melayu yang cintakan keamanan, Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim secara rasmi keluar DAP secara serta merta berkuatkuasa hari ini.

Beliau yang sebelum ini telah membuat kejutan kepada Pakatan Pembangkang ekoran kenyataannya yang bercanggah dengan suara majoriti dengan menentang perhimpunan BERSIH 3.0 yang disiftkannya sebagai haram.

Akibat daripada kenyataannya itu yang secara langsung telah melukakan hati Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pakatan Pembangkang dan S. Ambiga sebagai Pengerusi penganjur BERSIH 3.0, maka DAP telah mengugut Tunku Aziz bahawa keanggotannya sebagai senator di Dewan Negara tidak akan diperbaharui.

Tunku Aziz dalam perasmian Dewan Negara sebelum ini menegaskan bahawa walaupun beliau berada dalam kem Pakatan Pembangkang namun atas semangat keMelayuan dan cintakan keamanan, beliau menolak sekeras-kerasnya perhimpunan BERSIH 3.0. Semangat itu ditegaskannya dalam ucapannya di Dewan Negara dan mendapat tepukan gemuruh Ahli Dewan Negara termasuk yang diPertua Dewan Negara.

Ugutan DAP itu sedikitpun tidak melemahkan semangatnya untuk menegaskan prinisp perjuangan. Malah, beliau mengambil tindakan gentelman dengan mengumumkan keluar parti secara terhormat.

Tindakan DAP yang mengugut Tunku Aziz sebelum ini disifatkan sebagai pengecut dan takut dengan bayang-bayang sendiri. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger