Sunday, June 10, 2012

ANWAR IBRAHIM BERSUMPAH LAKNAT DI MASJID RAJA MUDA MUSA SEMENYIH?



Heboh penyokong Pakatan Pembangkang di dalam media sosial apabila Ketua Umum Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim dikatakan bersumpah laknat di Masjid Raja Musa Semenyih. Sumpah laknat itu adalah bertujuan untuk menebus semua kesalahan yang pernah ditimbulkan ramai pihak terhadap dirinya termasuklah kes video seks Chinadoll.

Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila Anwar Ibrahim yang dikatakan bersumpah laknat sebenarnya menyampaikan tazkirah atau ceramah politik ringkas kepada jemaah selepas solat di Masjid Raja Muda Musa Semenyih.

Kehadiran Anwar Ibrahim di masjid berkenaan telah mendapat reaksi negatif daripada penduduk di situ dengan menyampaikan ceramah politik di masjid. Apakah Anwar Ibrahim tidak mengetahui bahawa menyampaikan ceramah politik di masjid adalah satu kesalahan mengikut undang-undang? Anwar Ibrahim itu sememangnya seorang yang suka melanggar undang-undang.

Dalam perkara ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) harus mengambil tindakan segera dan keras terhadap perkara ini. Jangan jadikan masjid sebagai tempat berpolitik dan harus menghindiri politik dan agama.

Jika dahulu mungkin boleh, tetapi sekarang MAIS kini telah dibawa perintah Khalid Ibrahim setelah perlucutan kuasa Exco Dr Hassan Ali. Apakah Khalid Ibrahim mahu menahan dan menangkap “bos”nya Anwar Ibrahim itu atas kesalahan berceramah di masjid?



Menurut penduduk, kejadian Anwar Ibrahim berceramah politik di masjid hanya selepas seminggu penstukturan baru pengurusan masjid-masjid di Selangor yanng berkuatkuasa pada 1 Jun 2012.

Penstukturan baru pengurusan masjid di Selangor tidak mengikut prosedur dengan perlantikan jawatan-jawatan utama masjid (nazir dan imam) dibuat mengikut idealogi politik.

Jelas kini, pengambilalihan pengurusan masjid di Selangor adalah bersandarkan kepentingan politik Pakatan Pembangkang. Jika bukan penyokong atau ahli Pakatan Pembangkang walaupun mempunyai kelulusan yang sepatutnya bagi jawatan nazir dan imam, ia tidak akan dipilih.

Sumber: Akar Umbi

2 komen:

  1. Bagus lah dan padan muka dulu hang yg kata BN teruk, Dato khir toyo teruk, kini siapa yg lagi teruk, MB dulu d jatuhkan oleh oleh politik dalam dan luar, faham tak. So au semua jgn sokong pakatan taik ini, jgn aja pandai, mcm kit anak dapat pempuan, janji akan jadikan bini lah, bila da dapat , mamposlah kau, good bye,,,

    ReplyDelete
  2. salam caya la bro u punye komen memang tesentak dengau nye baru tau cape suruh pangkah kan dah tekene ni menyesal lak nak wat camne pr13 ni pangkah la lagi besok tinggal seluo dalam je

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger