Wednesday, June 20, 2012

ANWAR IBRAHIM DAN RM3 BILION DUIT RAKYAT? APA KESUDAHANNYA



Setelah Ummi Hafilda mendedahkan akan ada satu “masalah besar” yang akan diterima Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, dan selepas penjelasan dan pendedahan yang dibuat bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, Anwar Ibrahim kini didesak rakyat untuk menjawab tohmahan dan dakwaan “pembangkang” BN yang secara bertubi-tubi menyerang kreadibiliti Ketua Umum PKR itu.

Tidak kurang juga ada “rakyat” yang mendesak Anwar Ibrahim memulangkan semula wang RM3 bilion yang diperolehinya hasil tindakannya mengawal 20 akaun induk semasa berkhidmat dengan kerajaan pada 1990-an.


Semalam, Datuk Abdul Murad Khalid tampil mengesahkan akuan berkanun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk semasa menjadi Menteri Kewangan yang dibuat beliau 13 tahun lalu adalah benar.

Jelas Abdul Murad lagi, akuan berkanun pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion membabitkan Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Seperti mana bekas-bekas pemimpin yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri ataupun Perdana Menteri apatah lagi seorang yang menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri mempunyai akaun sebanyak RM3 bilion. Jika ini berlaku, maka ada sesuatu yang telah dilakukannya atau lebih tepat lagi menerima rasuah dan kronisme.

Bagaimanapun, hari ini Anwar Ibrahim dalam menggulungkan rang undang-undang bekalan 2012 di Dewan Rakyat bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa. Persoalan, kenapa memberikan kenyataan mahu disiasat di Dewan Rakyat? Kenapa tidak membuat sidang akhbar?

Seperti biasa, Anwar Ibrahim yang terkenal dengan lidah bercabang dan berbelit akan cuba meminta pemimpin Pakatan Pembangkang lain untuk menjadikan kesediaan Anwar Ibrahim untuk disiasat dalam dakwaan memiliki RM3 bilion. Ini katanya, supaya menggambarkan Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang tidak takut dan mengatakan dirinya difitnah.

Apakah, Anwar Ibrahim mahu bersumpah laknat untuk membuktikan dirinya benar-benar tidak memiliki wang sebanyak RM3 bilion dan tidak terlibat dalam amalan kronisme dan mengamalkan rasuah?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger