Wednesday, June 20, 2012

AZMIN ALI MILIKI KEKAYAAN RM30 JUTA, ANWAR IBRAHIM KAUT DUIT RAKYAT RM3 BILION



Dikala bosnya, Anwar Ibrahim sedang mencari jawapan bagi menyelesaikan kemelut 20 akaun yang dimilikinya yang bernilai RM3 bilion, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan memiliki kekayaan luar biasa yang berjumlah RM30 juta.

Azmin Ali yang sebelum ini dituduh menjadi pelakon utama dalam drama “Aiskrim Batang” sehingga kini masih belum membuat sebarang kenyataan mahupun menangkis tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Bagaimana Azmin Ali boleh mempunyai jumlah wang sebanyak RM30 juta dalam akaunnya sedangkan ketika itu beliau hanya seorang penjawat awam sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri? Pada ketika itu, Azmin Ali hanya memperoleh gaji sebanyak RM2,442 sebulan. Malah, beliau tidak pernah menjalankan perniagaan kecil-kecilan mahupun IKS.

Selain Azmin Ali, isterinya Shamsidar juga turut dikaitkan dengan dalam pemberian wang yang lumayan dan disediakan kereta yang lengkap dengan pemandu. Kenyataan ini telah disahkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid.

Seperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali juga didesak untuk menjawab tuduhan itu sekiranya terlibat secara langsung dalam kronisme dan penyelewangan wang rakyat. Sama seperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali juga diminta untuk bersumpah laknat sekiranya benar-benar tidak terlibat dalam aktiviti haram itu.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger