Friday, June 29, 2012

BAGAIMANA SUARAM MEMBOHONGI RAKYAT MALAYSIA DALAM ISU SCORPENE?



Selepas “tiada” lagi isu yang dapat menumbangkan BN dan UMNO khususnya imej Najib Razak, Pakatan Pembangkang menerusi SUARAM kononnya sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diperkudakan Anwar Ibrahim terpaksa mencari isu lain.

Menjadi kelaziman Pakatan Pembangkang akan mengwujudkan apa saja isu bagi mencapai cita-cita mereka dalam memburukkan imej Najib Razak di mata rakyat Malaysia. Bagaimanapun, Allah SWT tetap bersama hambanya yang sering difitnah dan dikhianati juga sebagai ujian dalam mengahrungi kehidupan di muka bumi ini yang penuh dengan pendustaan.

Tuduhan Pakatan Pembangkang yang dirancang Anwar Ibrahim ialah Altantuya dibunuh kerana menuntut komisyen hasil pembelian kapal selam Scorpene.

Dalam keterangan mahkamah, perjanjian pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis dibuat pada tahun 2002. Manakala, Razak Baginda hanya mula kenal dengan Altantuya pada tahun 2004, iaitu 2 tahun selepas perjanjian itu.

Bagi menyakinkan kepada rakyat Malaysia bahawa kes ini telah dibawa ke mahkamah di Perancis dengan melibatkan Altantuya, siasatan mendapati suspek TIDAK pernah memasuki mahupun melawat Perancis.

Pakatan Pembangkang juga pernah melaporkan Altantuya fasih berbahasa Perancis juga suatu dakwaan yang lemah. Selain tidak pernah memasuki Perancis, Altantuya merupakan jurubahasa Rusia dan bukannya jurubahasa Perancis seperti yang didakwa Pakatan Pembangkang.

Pakata Pembangkang tahu bahawa kapal selam Scorpene ialah buatan Perancis, jadi kenapa Altantuya yang merupakan jurubahasa Rusia dikaitkan dengan tuduhan ini. Apakah Altantuya mahir dalam bahasa Perancis sedangkan dia adalah jurubahasa Rusia.

Peguam yang mewakili bapa Altantuya meminta mahkamah membuka dan memanggil semula kes kematian anaknya itu kerana mengenali Razak Baginda. Ini kerana Razak Baginda adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang dikenali ayah Altantuya. Persoalan di sini, kenyataan Pakatan Pembangkang bahawa bapa Altantuya mengenali Najib Razak.

Bagi cubaan menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Najib Razak terlibat, Anwar Ibrahim telah menawarkan sesuatu kepada Zulkifli Nordin yang ketika itu menjadi peguambela Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim mengarahkan Zulkifli Nordin membuat pengakuan palsu terhadap Shirul dan Azilah bahawa mereka membunuh Altantuya atas arahan Najib dan Rosmah.

Pada ketika itu, keluarga Altantuya telah diwakili oleh peguam penipu besar, Karpal Singh. Dalam tempoh itu, Najib Razak telah membuat 3 kali pengakuan dengan melakukan sumpah laknat bahawa dirinya tidak pernah mengenali Altantuya. 

Anwar Ibrahim sehingga kini masih belum lagi membuat sumpah laknat berhubung video seks Chinadoll yang dilakonkannya sebelum ini. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger