Friday, June 29, 2012

ISU GANTUNG S.AMBIGA, LIM GUAN ENG SPIN 360’ TUNJUK HERO



Lim Guan Eng seperti lagak seorang “hero” mempersoalkan kenyataan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz dalam isu “menggantung” Ambiga.

Tanpa melihat hujah yang sebenar, Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa kenyataan Mohamad itu sebagai satu unsur hasutan, rasis dan mengancam.

“Ia rasis kerana ia ditujukan terhadap seorang India dan seorang Hindu. Ia juga ditujukan terhadap seorang wanita.


Gaya spin Lim Guan Eng itu sangat bahaya hingga membabitkan perkauman yang sebenarnya langsung tidak disentuh Mohamad. Kalau disemak kembali hansard Parlimen semasa Mohamad menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat Selasa lalu, kenyataannya terhadap Ambiga lebih berbentuk pertanyaan.

“Kita masih ingat apabila al-Maunah menderhaka kepada yang di-Pertuan Agong, kita hukum gantung dia. Ingat cerita itu beberapa tahun yang lalu? Apakah Ambiga tidak boleh kita anggap sebagai penderhaka kepada Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Angong dan hukum gantung dia?”


Isu “gantung” Ambiga yang cuba dibawa Mohamad ialah penderhakaan terhadap negara, iaitu bagaimana Ambiga mengepalai satu demontrasi haram jalanan di Kuala Lumpur tempoh hari. Walaupun niat awal Ambiga hanya bertujuan “membersihkan Daftar Pemilih” pilihan raya, namun demontrasi itu telah hijack oleh pembangkang yang juga sekutu Ambiga.

Bagaimanapun, ketika Guan Eng menggunakan Peraturan Mesyuarat menuntut Mohamad menarik balik kenyatannya, beliau tidak mendapat kerjasama daripada rakan-rakan daripada pembangkang.

2 komen:

  1. Memang patut AMBIGA digantung. Bukan kerana rasis atau perkauman, tetapi tindakannya menderhaka kepada YDPA dan masyarakat tidak harus dijadikan ikutan..

    ReplyDelete
  2. Masukkan Lim Kit Siang didalam senarai yang patut digantung. Bukan kerana dia Cina atau kerana dia bukan Islam, tetapai kerana dia diantara yang mengpalai kejadian 13 Mei 1969.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger