Sunday, June 24, 2012

KHALID IBRAHIM SANGAT SAYANGKAN FAEKAH



Biarpun empunya badan masih belum mengaku secara sukarela, tetapi berdasarkan pendedahan blog Pakatan Pembangkang yang tidak senang dengan tindakannya, Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin mengaku menghantar surat. Surat yang dimaksudkan ialah meminta agar sebuah firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga (anak saudaranya) dengannya ‘dipertimbangkan’ menjadi panel peguam di syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).



Surat ini jelas cuba menggunakan kedudukannya sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor untuk mempengaruhi PNSB dalam melantik panel peguam. Apakah akibatnya jika PNSB “tidak” memilih firma guaman keluarga Faekah Husin?

Jawapan Faekah Husin:

“Kesemua surat permohonan daripada firma guaman itu dihantar kepada pejabat Menteri Besar dan saya telah hantar surat kepada PNSB untuk memanjangkan permohonan tersebut termasuklah surat daripada firma guaman anak saudara saya.


Situasi ini lebih terarah menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi sebuah syarikat milik kerajaan negeri bagi memberi peluang perniagaan kepada sebuah firma guaman yang dikatakan ada hubungan keluarga dengannya.

Biarpun didesak dan diserang dengan pelbagai cara dalam media, Faekah Husin tetap dengan pendiriannya bahawa apa yang dilakukannya tidak salah. Faekah Husin juga tidak teragak-agak boleh menggunakan pengaruhnya untuk mempengaruhi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Omar untuk minta tolong.


Manakala, pihak Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan Faekah Husin menghantar surat agar firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dengannya dipertimbangkan menjadi panel peguam PNSB. Alasan yang dibuat Khalid Ibrahim ialah surat sokongan yang dihantar setiausaha politiknya itu hanyalah surat iringan untuk dipanjangkan bersama-sama permohonan yang dibuat oleh firma tersebut bagi dipertimbangkan oleh pihak PNSB.

Tindakan Faekah Husin ini telah menjejaskan CAT yang dilaungkan Pakatan Pembangkang dalam pentadbirannya.

Sumber gambar: Blog Sel13.com 

1 komen:

  1. MB dan kena Nasi Kangkang Faekah macam mana tak DEFEND...Faham-faham lah kalau da kena Pero ( queen Control )oleh si Faekah...Kira-kira Faekah tu amat cerdiklah kalau da ada kuasa kenalah tolong saudara mara nanti kalau kuasa kena cabut kat saudara mara lah juga merayu bantuan....Teruskan Faekah usaha murni tolong kawan-kawan dan saudara mara bagi habis rm300m tu...Lagi pun bukan bajet UMNO/BN...lantak lah..Tapi saya pun Faekah kena tolong juga...kalau boleh hantar Invoice kosong boleh tak...? Kita share lah nanti.. Oleh Boyfriend Gelap Faekah.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger