Thursday, June 28, 2012

KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN) MILIK KERAJAAN KEDAH SELEWENG DAN TIDAK AMANAH



Bagaimana KUIN yang dimiliki Kerajaan Kedah pimpinan PAS boleh melakukan penyelewangan dan tidak amanah dalam menguruskan bayaran wang pekerja kepada institusi kewangan selaku pihak ketiga, meskipun gaji mereka dipotong setiap bulan.

Apakah disebabkan “kekurangan” kewangan atau kerosakan akhlak pengurusan kolej itu sehingga menyebabkan berlakunya penyelewengan? Di manakah akhlak pengurusan kolej yang dipimpin PAS sebagai sebuah parti Islam?

Berikutan itu, seramai 15 kakitangan KUIN telah membuat 5 laporan polis terhadap pengurusan kolej itu yang didakwa tidak amanah dan menipu. Kesemua mereka yang terdiri daripada pelbagai jawatan dan pangkat, membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Kota Setar pada pukul 1 petang.

Difahamkan, kesemua kakitangan yang berkhidmat antara empat dan 15 tahun itu membuat pemotongan gaji untuk tujuan pembiayaan antaranya pinjaman kepada bank, Lembaga Tabung Haji dan zakat.

Kita tunggu Menteri Besar Kedah, Azizan untuk membuat ulasan berhubung perkara tersebut.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger