Monday, June 18, 2012

NURHANIM MOKHSEN HINA PEHIN SRI DAN MEMBELA LIM GUAN ENG



Seperti seorang yang tidak tahu rasa syukur, Ketua Wanita PKR Sarawak, Nurhanim binti Mokhsen menemplak Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud dan “membela” Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sambil menambah pemerintahan Lim Guan Eng mengamalkan pemerintahan yang baik dan telus. Jika baik, bagaimana nasib Kampung Buah Pala yang sebelum ini dijanjikan akan menguruskannya sebaliknya tergadai begitu sahaja. Bagaimana nasib peniaga Melayu yang ditindas dan dihalau daripada terus meniaga di negeri sendiri?

Isu Sarawak miskin dalam Malaysia yang sering menjadi bahan kempen dan ceramah pemimpin PR kini dilihat tidak relevan lagi. Bagaimanapun disebabkan ketiadaan dan ketandusan idea, pemimpin PR sentiasa mengulangi isu biarpun sudah lapuk dalam usaha membawa kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Menjadi kelaziman pemimpin PR, mereka akan mengambil contoh negeri-negeri tadbiran PR seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan untuk disajikan kepada rakyat Sarawak bahawa kononnya mereka terbaik dalam pengurusan negeri. Terbaik?

Selangor, negeri yang berjaya ditawan PR dalam PRU-12 lepas pastinya tidak mahu dilepaskan begitu saja dan berhempas pulas untuk menahannya. Apapun, selama ini rakyat Selangor hanya termakan janji manis PR semasa PRU-12. Janji air PERCUMA! Memang percuma, tetapi hanya RM11.40 untuk tempoh sebulan. Itupun, tidak semua rakyat Selangor yang menerimanya.

Bagi rakyat Melayu dan India Pulau Pinang, mereka ini tidak sabar menunggu PRU-13 kerana berhasrat menukar kerajaan negeri. Sepanjang pemerintahan PR, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang kebanyakannya menindas periuk nasi peniaga Melayu dan India.

Jika pemimpin PR mengatakan Malaysia yang telah diperintah 54 tahun selepas mencapai kemerdekaan telah menindas rakyat pastinya rakyat tidak akan dapat hidup senang seperti apa yang dikecapi sekarang ini. Bagaimana dengan Kelantan yang telah diperintah PAS selama lebih 25 tahun masih merupakan negeri yang paling mundur di Malaysia. Jika hendak dibandingkan dengan Kelantan, Sarawak lebih lagi maju biarpun geografinya luas dan bentuk muka buminya yang tidak rata.

Ternyata Nurhanim binti Mokhsen menyayangi Lim Guan Eng sehingga sanggup menghina pemimpin seagamanya dan membela pemimpin yang anti Islam. 

4 komen:

  1. Betina bangang ka bengong?
    Kapir Harbi di sanjung2,saudara seagama di aibkan.
    Nak tanya sikit.
    kau ni Islam ka KAPIR?
    Atau kau ni berfahaman anuarisme.
    Buka tudung tu dan bercakaplah keaiban orang.
    Tudung dikepala kau tu mcm SISTER sj?
    Mana akidah kau?

    ReplyDelete
  2. PKR kan PARTI KEPALA ROSAK...

    ReplyDelete
  3. Dicadangkan Nuhanim ni pi tiggai kat Penang baru dia taau...! Jenis manusia da bioool...! Kata Jebon KL.

    ReplyDelete
  4. bodoh bangang ni bnyk jenisnya. salah satunya ialah apa yg ditunjukkan oleh nurhanim mokhsen tu. sikit punya bangang bai!!!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger