Monday, June 18, 2012

PAKATAN PEMBANGKANG SARAWAK AJAK RAKYAT SARAWAK BENCI PEMIMPIN NEGARA



Kejayaan pemimpin BN memajukan negara biarpun ekonomi dunia tidak menentu telah mengecewakan pemimpin Pakatan Pembangkang. Akibatnya, Pakatan Pembangkang mempergunakan kebencian terhadap pemimpin BN sebagai suatu pendekatan terakhir bagi meraih undi rakyat pada PRU-13 akan datang.

Keadaan ekonomi dunia sekarang tidak menentu sehingga menyebabkan beberapa ekonomi negara lain mengalami kemelesetan berbanding ekonomi Malaysia yang kini berada di landasan kukuh. Kejayaan pemimpin BN dalam mentadbir ekonomi Malaysia telah membuatkan kesediaan Kerajaan menyalurkan BR1M kedua kepada rakyat Malaysia.

Pengwujudan BR1M pada awal tahun ini telah berjaya mengubah pandangan negatif rakyat terhadap kerajaan yang selama ini dimanipulasi Pakatan Pembangkang. Justeru, BR1M dilihat suatu senjata ampuh yang boleh menjatuhkan Pakatan Pembangkang pada PRU-13. Ini diakui sendiri Nurhanim bin Mokhsen, Ketua Wanita PKR Sarawak dan Violet Yong dari DAP dalam ucapan ceramah Merdeka Rakyat di Satok anjuran Wanita PKR Sarawak.

Sambil menambah, jika kerajaan memberikan BR1M kali kedua, pemimpin Pakatan Pembangkang menggesa rakyat mengambilnya dan undi PR. Apakah rakyat kini bodoh hingga tidak berterima kasih kepada pihak yang memberinya? Jika ini berlaku, nescaya orang itu sememangnya tidak tahu bersyukur dan berterima kasih.

Selain BR1M, pemimpin Pakatan Pembangkang juga khuatir dengan kebijaksanaan Perdana Menteri, Najib Razak dalam mengemukakan pandangan dan idea untuk membantu rakyat seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan sebagainya. Mereka cukup takut dengan idea itu dan cubaan habis-habisan untuk “membunuh” idea ini dengan apa jua sekalipun. Begitupun, rakyat Malaysia yang sudah mengetahui manfaatnya pasti akan mengadilinya dengan sebaik-baiknya. 

5 komen:

  1. kerajaan kena tegas dan bertindak cepat , kini sudah ada rakyat sarawak berani buar group dalam FB bertajuk 'SSKM ..sabah sarawak keluar Malaysia ' !!

    ini satu hasutan agar rakyat mengamuk, merusuh dan melawan kerajaan , ini satu perbuatan yang boleh diambil tindakan dibawah akta hasutan ! akta menderhaka kepada Agong !

    mereka buat group sedemikian dan membawa anak2 muda 'add' anak muda yang masih mentah ,mereka meracuni fikiran anak muda .kerajaan sila bertindak sebelum nasi menjadi bubur !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berminat dengan ulasan "Tanpa Nama" mengenai satu grup fb "SSKM". Saya mengaku saya merupakan silence reader untuk grup tersebut daripada grup lama mereka yang telah mempunyai keanggotaan melebihi 15 ribu orang kemudian digodam minggu lepas dan sekarang mengikuti SSKM baru yang semakin bertambah dari hari ke hari. Maaf "Tanpa Nama" saya rasa anda telah tersasar jauh dengan landasan sebenar SSKM yang mana ianya adalah satu grup yang memperjuangkan 20 perkara di dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang telah dilupakan oleh Kerajaan Malaysia. Satu grup yang tidak memihak kepada mana2 parti atau lebih mudah dikatakan "Non-partisan", Ahli-ahlinya terdiri daripada seawal umur 18 tahun hinggalah ke orang tua.

      Mungkin bagi anda "Tanpa Nama" setiap sesuatu yang meredah arus adalah pembangkang tetapi bagi ahli SSKM termasuk saya sendiri ianya adalah satu kenyataan yang nyata apabila ramai generasi muda sekarang telah jelak dengan landasan politik. Bagi mereka samada dari parti pembangkang ataupun yang memerintah sekarang adalah sama sahaja. Yang saya tahu SSKM masih lagi mendaulatkan orang sarawak untuk orang sarawak dan orang sabah untuk orang sabah. Tiada lagi saya dengar ianya menuju kepada rusuhan atau hasutan. Baik memeriksa dahulu sebelum mengeluarkan komen kerana ternyata anda sendiri boleh dikatakan menghasut.

      Apakah memperjuangkan 20 perkara yang merupakan nadi untuk melindungi Sarawak Sabah daripada tertindas di dalam gabungan Malaysia itu satu kesalahan? Bayangkan di 49 tahun dahulu Sabah & Sarawak adalah 2 negara yang membentuk Malaysia dijadikan negeri didalam Malaysia itu sesuatu yang diluar hak orang Sabah & Sarawak. "Equal partner" seperti bagaimana United Kingdom dibentuk. Itulah sejarah yang cuba disebarkan oleh SSKM agar rakyat lebih sedar daripada diajar dengan sejarah yang bukan-bukan. Tarikh kemerdekaan Sabah Sarawak itu sendiri tidak dijelaskan dengan sempurna di dalam Sejarah Malaysia sehinggakan generasi muda lebih memahami 31 Ogos 1957 daripada 22 Julai 1963 dan 31 Ogos 1963. "Tanpa Nama" jika berani kenapa berselindung disebalik nama yang tiada dan itu sudah cukup untuk mengatakan diri anda sendiri yang pengecut dan tidak tahu apa-apa.

      Harap-harap penjelasan ini dapat menidakkan usaha-usaha individu yang berselindung dibawah tanpa nama yang cuba untuk memesongkan cerita benar. Salam perjuangan untuk ahli SSKM dan pentadbiran SSKM yang berani bertatih daripada kosong untuk menyebarkan cerita yang cuba diselindungkan selama ini.

      ~ Dayang Seri Alam ~

      Delete
  2. orang bodoh sahaja yang bertuankan Malaya

    ReplyDelete
  3. nak cakap sskm menderhaka kepada Agong??? what a fucking hell.... habis 49 tahun pembangunan di sabah sarawak macam sial dan lembap, pemimpin sabah sarawak memang paloi, rakyat pun bodoh..... tue senang kena pijak kepala,,,, padanla muka lembap negeri sabah sarawak........ orang sarawak berlagak tapi bodoh.... sejarah sendiri pun tak tau.....

    ReplyDelete
  4. jangan kau cuba bodohkan orang sarawak, malaya makan rumput krang baru tau,

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger