Friday, June 8, 2012

PENARIKAN BALIK PEMBEKUAN PTPTN LEGAKAN KHALID IBRAHIM



Tidak sampai 48 jam PTPTN membekukan pemberian PTPTN kepada UNISEL akhirnya Khalid Ibrahim boleh tersenyum lebar apabila pembekuan PTPTN itu ditarik balik.

Langkah penarikan balik pemberian PTPTN itu ada kaitannya dengan desakan ibu bapa dan pelbagai pihak yang menganggap PTPTN itu masih relevan.

“Mengikut penjelasan dan rayuan UNISEL bahawa mereka tidak berniat untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajarnya.”



Sambil menambah, UNISEL mengakui tidak mampu memberikan percuma kepada pelajar-pelajarnya kerana kos yang perlu ditanggung UNISEL terlalu tinggi. Jika diadakan pendidikan percuma maka UNISEL terpaksa menanggung banyak kos dan ini boleh menyebabkan UNISEL bankrap.

UNISEL juga mengakui PTPTN penting dalam pendidikan negara dengan mengambil kira kos semasa. Jalan terbaik ialah meminta PTPTN menarik balik pembekuan itu dengan seberapa segera bagi kepentingan pelajar-pelajarnya. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger