Tuesday, June 12, 2012

PKR SEDIAKAN K-POP MENGHAIRAHKAN PAS PULA TERSENTAK MALU



Sebelum ini Pakatan Pembangkang rancak menuduh BN menganjurkan Himpunan Jutaan Belia dengan mengadakan persembahan tarian K-Pop sebagai “menganggu” budaya dan bersifat tidak senonoh. Tuduhan Pakatan Pembangkang itu sememangnya sudah dijangka memandangkan sikap mereka yang anti-BN biarpun apa yang dibuat itu sememangnya tidak menyalahi undang-undang.

Inilah yang berlaku ke atas PKR semasa mengadakan Majlis Makan Malam di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Prai, Kepala Batas. Dalam majlis itu, penganjurnya, PKR telah menyediakan persembahan istimewa untuk ahli dan tetamunya dengan persembahan tiga gadis yang memakai skirt pendek dan menghiburkan tetamu dengan tarian K-Pop.

Pepatah Melayu ada mengatakan ibarat “meluduh di atas langit, tetapi sendiri kena” selayaknya dikenakan ke atas Pakatan Pembangkang. Hanya beberapa hari tidak sampai sebulan isu K-Pop ini telah terjadi ke atas diri. Jika sebelum ini rancak menyerang BN berkaitan isu K-Pop, tetapi apabila kena batang hidung sendiri buat-buat tidak tahu pula. Apabila sudah terkena diri sendiri mungkin keluarlah fatwa mengatakan K-Pop berpakaian seksi ini halal.

Tetamu jemputan yang menghadiri majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman. Selain Mansor, turut sama dalam majlis itu ialah beberapa pemimpin PAS.



Persembahan K-Pop yang dipersembahkan 3 orang gadis yang berpakaian seksi telah membuatkan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR terhibur. Melihat kepada persembahan itu, ada di antara pemimpin PKR dan PAS ini menggoyangkan badan seolah-olah mengikut tarian K-Pop yang sedang dipersembahkan itu.

Seakan-akan terhibur dengan tarian seksi K-Pop itu, Mansor Othman secara gembira mengatakan aksi tarian K-Pop gadis berpakaian seksi itu tidak menjadi kesalahan besar dan keterlaluan.

Biarpun bagi beberapa pemimpin PKR dan PAS menganggap tarian seksi K-Pop itu tidak menyalahi budaya parti, tetapi Ketua Pembangkang difahamkan kesal dengan tindakan berkenaan dan mahukan laporan penuh daripada pihak penganjur. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger