Thursday, June 21, 2012

RAFIZI LETAK JAWATAN: PKR SELANGOR KINI RETAK MENANTI BELAH



Pengarah strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Perletakan jawatan Rafizi disebabkan perbalahan antara beberapa pemimpin PKR Selangor termasuklah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin.

Perletakan jawatan Rafizi itu telah memeningkan kepala Penasihat Ekonomi Selangor yang dipegang Anwar Ibrahim. Menurut Rafizi lagi, perletakan jawatannya itu berkuatkuasa serta merta. Sebarang pertanyaan berhubung ekonomi Selangor dan PKR Selangor hendaklah merujuk kepada Kerajaan Negeri atau Anwar Ibrahim.

Dengan alasan standard yang diberikan ahli politik iaitu mahu berehat setelah letih membuat kerja dan berkempen biarpun PRU-13 belum lagi diadakan. Malah, tegas Rafizi beliau mahu berehat dan menumpukan amal ibadah.

Alangkah baiknya Rafizi mengamalkan ibadah setelah sekian lama bergelumang dalam dosa besar dan dosa kering dengan menabur fitnah terhadap individu yang secara jelas tidak pernah bermusuh dengannya. Pintu taubat masih terbuka kepada Rafizi dan pemimpin PKR yang lain. 

3 komen:

  1. Dia dah takut...dengan arahan arahan pelik bin ajaib... Cepat ambil ittibar dari mantan Pengarah siasatan BPR.. Mantan Tim Governor Bank Negara..Mantan Pegawai Polis...dan akan banyak lagi....
    Bertindaklah cepat.. dedahkan jangan nanti diri terbelit...

    ReplyDelete
  2. Kalaulah berita ini benar.. Maka selepas ini pintu UMNO terbuka luas buat Rafizi dan diberi jawatan, senator, gaji besar, keistemewaan mcm geng yg keluar PR. Lompat parti dah jadi pekerjaan beb..

    ReplyDelete
  3. Yahoo bn pasti menang

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger