Saturday, June 30, 2012

RAFIZI RAMLI ALIHKAN ISU PADANG PKNS KEPADA PROJEK LRT ALIRAN AMPANG



Dua hari lepas, Rafizi Ramli telah membuat laporan polis berhubung pemberian tender projek sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Ampang yang disifatkannya sebagai tidak telus. Dalam laporannya itu mendesak polis menyiasat dakwaan pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri itu berhubung pemberian projek bernilai RM960 juta tersebut.

Seperti biasa, Rafizi Ramli dikatakan mempunyai bukti sokongan apabila menayangkan dokumen bagi mengesahkan dakwaannya itu bahawa Najib Razak terlibat dalam pemberian projek tersebut

Menurut Rafizi, keputusan Najib Razak memilih untuk memberikan projek tersebut kepada konsortium George Kent adalah sangat mengejutkan sambil menambah PKR mempunyai bukti kukuh. Ini kerana George Kent bukanlah konsortium yang dipilih untuk projek tersebut” sepertimana laporan akhbar Business Times.

Secara jelas, kenyataan Rafizi Ramli berhubung dakwaan bahawa Najib Razak terlibat dan campurtangan dalam pemberian projek itu adalah bersandarkan kepada laporan akhbar Business Times semata-mata. Dan, harus diingat Rafizi Ramli itu ialah Pengarah Strategik PKR yang semua percakapannya adalah putar belit.

Dakwaan Rafizi Ramli itu segera diulas Najib Razak semasa sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Najib Razak menegaskan projek tersebut “berjalan menurut aturan” yang telah ditetapkan. Malah, tidak berlaku sebarang perkara meragukan terhadap projek tersebut.

“Semuanya menurut aturan. Tiada ada perkara yang tidak kena dengan projek tersebut.

Pembangkang cuba mengalihkan isu Padang PKNS yang kini sedang menghantui Kerajaan Selangor pimpinan PKR Selangor. Ketika isu Padang PKNS sedang rancak diadili dalam Selcat, PKR cuba mengalihkan isu ini kepada campurtangan Najib Razak dalam Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Aliran Ampang. 

1 komen:

  1. Rafizi 'Jamban' cukup2lah buat fitnah.Nak musnahkan negara ini ke? Suruh Rafizi tu buat laporan polis siasat Anwar jika betul2 berjuang utk negara. Siasat wang yg berbillion dibawa keluar oleh Anwar baru le semua org akan respect dia.
    Jgn jadi longkang penuh dgn kotoran yg menjijikkan.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger