Wednesday, June 13, 2012

RAKYAT NILAIKAN SENDIRI KENYATAAN NIZAR MENGHINA SULTAN JODOR DALAM TWITTERNYA



Rakyat boleh nilaikan sendiri kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu nombor pendaftaran kereta WWW1 yang dimenangi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"RM520k utk itu. no plate www1, Xkan nak letak kat kereta proton atau motor kut? Ramai lagi rakyat yg masih kais pagi mkn pagi kais ptg mkn ptg!" tanpa sebarang suntingan.

Biarpun akan menghadap Sultan bagi memohon maaf, menjadi kelaziman pemimpin Pakatan Pembangkang akan menyalahkan pemimpin BN mahupun media perdana. Inilah yang dilakukan Nizar Jamaluddin dalam isu nombor pendaftaran dengan menyalahkan media yang dikatakan mensalahtafsirkan kenyataannya.

Tindakan minta maaf tetapi salahkan orang lain yang ditunjukkan Nizar Jamaluddin adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Ini sekaligus menunjukkan sikap hipokrit Nizar Jamaluddin yang cuba menyalahkan orang lain biarpun dirinya secara terang melakukan kesalahan tersebut.  

Akibat dikecam hebat rakyat di atas tindakan kurang ajarnya, akhirnya Nizar Jamaluddin terpaksa memohon maaf. Perbuatan Nizar Jamaluddin itu bukan sahaja menyinggung Sultan Ibrahim bahkan juga Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta seluruh rakyat Johor.

Melihat desakan kira-kira 30,000 rakyat Johor termasuk Orang Asli menyertai perhimpunan Ikrar Taat Setia Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi telah membuatkan Nizar Jamaluddin memohon maaf dalam keadaan terpaksa.

Bagi rakan pemimpin lain dalam PAS, Salahuddin Ayub menyatakan tindakan Mohammad Nizar itu bersendirian kerana kenyataannya tidak mencerminkan parti tersebut secara keseluruhan. Disebabkan keceluparan mulutnya, biarlah Nizar Jamaluddin sendiri yang menanggungnya. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger