Tuesday, June 19, 2012

UNDI BN BAWA MASALAH UNDI PR LAGI BANYAK BAWA MASALAH



Setiap kali penyudah pemimpin PKR berucap, pastinya rangkap ini wajib untuk diungkapkan, “undilah PR untuk keluar daripada masalah BN dan jamin membela rakyat”.... Maksudnya di sini, ketika ini pemimpin PR hidup dalam ketakutan di bawah pemerintahan BN dan meminta kuasa rakyat untuk memangkah kertas undi dan berikan peluang untuk mereka memerintah. Semuanya ini kononnya memberikan kehidupan yang lebih terjamin.

Sepanjang pemerintahan PR di Selangor selepas memenangi PRU-12 sehingga kini, hampir 5 tahun, apakah rakyat Selangor telah dijamin kehidupannya?

Jika pemimpin PR kata, informasi di televisyen dan di akhbar tidak menyebelahi mereka, apakah saluran yang lebih mereka percaya? Manakan tidak, di media sosial juga ramai yang memperkatakan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Selangor. Misalnya, isu sampah yang menjadi kebimbangan rakyat Selangor, pertambahan rumah urut di Selangor menjadikan negeri itu lubuk maksiat dan terbaru pendidikan percuma yang dilaungkan Kerajaan Selangor tidak dapat dipraktikan. Justeru, ungkapan Ketua Wanita PKR Sarawak, Nurhanim binti Mokhsen dalam ceramahnya di Merdeka Rakyat semalam hanya membohongi rakyat Sarawak.


Seperti biasa semacam suatu magnet, apa yang diperkatakan Ketua Wanita PKR Sarawak itu semuanya menerima tepukan hangat daripada penyokong dan hadirin yang datang. Hakikatnya, mereka itu semua telah diperbodohkan oleh pemimpin tempatan mereka sendiri.

PR juga mengakui selama ini mereka membohongi rakyat pasal air percuma. Seakan-akan mengetahui temberangnya akan pecah, pemimpin Srikandi PKR akur bahawa Kerajaan Selangor hanya memberikan air percuma sebanyak RM11.40 sebulan. Walaupun pengguna menggunakan jumlah air yang sikit, mereka tetap juga dikenakan bayaran.

Begitu juga mereka (rakyat Selangor) yang mahu berkahwin akan diberikan wang sebanyak RM1,000 seorang. Dengan kapasiti penduduk Selangor berjumlah  5,411,324 orang, apakah Kerajaan Selangor mampu memberikan wang berjumlah RM100,000 seminggu sekiranya 100 pasangan akan berkahwin dalam tempoh seminggu?

Dalam ceramah politik, semuanya boleh janji dan berjanji, tetapi tidak dapat ditunaikan. Itulah tabiat Pakatan Pembangkang...  

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger