Saturday, July 14, 2012

BAHAGIAN 1: ANWAR IBRAHIM CUBA PERBODOHKAN RAKYAT SARAWAK DENGAN HUJAH KELENTONGNYA



Dalam tempoh tidak sampai 2 bulan, rombongan PKR Pusat datang ke Sarawak bagi terus meracuni pemikiran rakyat Sarawak. Kali ini kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim al-Juburi selepas Azmin Anak Derhaka.

Tiba di Kuching jam 3.40 petang dan mengadakan perbincangan dengan pemimpin PKR bagi mengatur strategi pilihan raya bagi persiapan PRU-13. Selepas kehadiran Azmin Ali tempoh hari bagi melihat kemajuan PKR Sarawak, kini kepala Pembangkang pula datang untuk membuat ‘spotchek’ tentang kemajuan atau kemunduran.

Sebaik saja tiba di pentas Ceramah Merdeka Rakyat, Anwar al-Juburi terus mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk berdebat. Kononnya, Najib ‘takut’ untuk berdebat dengan Anwar al-Juburi. Apakah dengan bijak dan pandai berdebat mampu untuk memajukan negara?

Bagi membuatkan rakyat Sarawak yang mendengar ceramahnya terpesona dengannya, Anwar al-Juburi cuba meracuni pemikiran rakyat khususnya mereka yang beragama Islam dengan mengaitkan kisah sejarah Islam. Malah, boleh dikatakan khatam Anwar al-Juburi menterjemahkan ayat-ayat al-Quran untuk disampaikan kepada rakyat Sarawak. Tidak semudah itu Anwar al-Juburi hendak memperbodohkan rakyat Sarawak dengan kepura-puraan.

Terdahulu Anwar al-Juburi yang dijadualkan datang jam 8.00 malam di tempat ceramah di Satok telah disumpah seranah penyokong-penyokongnya kerana tidak menepati masa sehingga ada yang mengambil keputusan untuk pulang. Anwar al-Juburi yang ketika itu sedang berceramah di Lundu hanya sampai ke Satok kira-kira jam 9.50 malam. Kehadirannya disambut oleh lebih kurang 200 orang pendengar setia.

Bersambung... 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger