Wednesday, July 11, 2012

JIKA PAS KUAT KENAPA BAGI DAP 90 KERUSI PARLIMEN DAN LANTIK ANWAR IBRAHIM JADI CALON PERDANA MENTERI?



Seperti sedia maklum, dalam Pakatan Pembangkang tidak ada satupun parti yang dominan atau parti yang berkuasa sama ada PKR, PAS atau DAP. Berbeeza dengan BN, sejak dari Parti Perikatan lagi telah tersusun rapi part-parti yang bergabung dan diketuai UMNO. Sehingga kini, tiada sebarang masalah berhubung parti dominan dalam BN kerana parti masing-masing mempunyai peranan tersendiri.

Menjelang PRU-13, parti komponen Pakatan Pembangkang masing-masing menegakkan bahawa mereka adalah parti dominan dan mempunyai kuasa dalam Pakatan Pembangkang. Hakikatnya mereka mahu kuasa, tetapi pada dasarnya mereka tidak ada kerana kesemua mereka dibayangi parti masing-masing. Inilah yang menyebabkan Pakatan Pembangkang sehingga ke hari ini masih belum dapat menyelesaikan pertikaian beberapa kawasan yang akan ditandingi dan jumlah kerusi diperuntukan kepada setiap parti komponenan Pakatan Pembangkang. Ini belum lagi masalah pertikaian dengan komponen parti tempatan yang bertanding atas label pembangkang di Sabah dan Sarawak.


Selain masalah pembahagian kerusi, Pakatan Pembangkang juga mengalami masalah mencari calon yang sesuai. Atau pada PRU-13, Pakatan Pembangkang akan mengetengahkan calon main tangkap muat! Menjadi kebiasaan Pakatan Pembangkang, mereka ini kekurangan atau ketiadaan calon yang sesuai hingga menyebabkan apabila menang, corak pemerintahan kelam kabut seperti yang dapat dilihat di Selangor.

Ketika ramai penganalisis politik dan rakyat melihat kesediaan DAP bertanding di 90 kerusi Parlimen pada PRU-13 ini akan cuba menghakis kreadibiliti PAS dan PKR khususnya orang Melayu. Umum mengetahui, DAP majoritinya diwakili kaum Cina dan ini secara langsung menenggelamkan penguasaan orang Melayu dalam Pakatan Pembangkang.

Fenomena ini tidak disokong PAS, parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan orang Melayu, tetapi pada hakikatnya sanggup diperkudakan DAP untuk menuju ke Putrajaya. PAS menerusi Presidennya, Abdul Hadi Awang menegaskan dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh DAP adalah tidak lebih daripada PAS. Malah, PAS mempunyai kuasa dan sebuah parti yang kuat di kalangan komponen Pakatan Pembangkang.


Adalah tidak mungkin DAP akan bertanding 90 kerusi Parlimen. PAS dijangka akan bertanding 80 kerusi dan DAP hanya diberi 50 kerusi sahaja.

Jika DAP diberi peluang bertanding 90 kerusi Parlimen dan menang, mereka tidak dapat membentuk kerajaan kerana yang menjadi tulang belakang Pakatan Pembangkang ialah PAS dan juga bukannya PKR. Namun begitu, kenapa bagi peluang dan ruang Ketua Pembangkang kepada Anwar Ibrahim jika PAS benar-benar kuat?

Abdul Hadi Awang juga mengingatkan DAP dan PKR bahawa kekuatan PAS ialah mempunyai banyak jentera dan sedia untuk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi oleh parti komponen PR yang lain.

Kelantangan Abdul Hadi Awang mengenai keupayaan DAP bertanding di 90 kerusi Parlimen disuarakan apabila sesetengah blog menyiarkan dokumen mesyuarat Pakatan Pembangkang tentang hasil mesyuarat persediaan PRU-13 dengan DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing hanya 66 kerusi.


Berdasarkan hasil mesyuarat itu, tidk mustahil calon Perdana Menteri Pakatan Pembangkang terdiri daripada kalangan bukan Melayu atau lebih mudah lagi daripada kaum Cina. Yang pasti dan sedang menunggu jika ini berlaku pastinya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan diangkat menjadi Perdana Menteri.

Jika PAS tidak setuju, tetapi pada dasarnya kini undi Melayu telah berpecah kepada tiga bahagian, DAP dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Tegas Abdul Hadi Awang, sehingga kini kuota kerusi pembangkang secara rasmi dalam PR masih belum dibuat sehingga  tarikh PRU-13 diketahui.

Pada PRU-12, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen dan memenangi 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR yang masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula di 31 kawasan.

4 komen:

  1. pas memang kuat. er kuat tipu.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan empunya blog,

    Tok mohon pertukaran link,

    http://tokgajah46.blogspot.com

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Jangan buat lawak dan menunjukan diri kamu jahil tentang PRU. Sila bagi kawasan mana DAP akan tambah kerusi parlimenya. Kelantan, Terengganu,Kedah atau Perlis? Cuba lihat dalam perlembagaan, berepa banyak kerusi parti bukan bumiputera boleh tanding.? Orang yang bijak saja yang tak mengelabah.

    ReplyDelete
  4. PRU 2008 yg lepas DAP bertanding 48 dari 222 kerusi parlimen. Mana datang tetiba 90 kerusi? kalau nak buat lawak pun berpada2 lah ok aku nak ketawa jap kah kah kah

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger