Friday, July 20, 2012

KOMUNIS DAN JEMAAH ISLAMIAH CALON PAKATAN PEMBANGKANG PADA PRU-13?



Tidak sampai 48 jam artikel mengenai PDRM mengesahkan akan ada anggota Jemaah Islamiah (JI) dan bekas anggota komunis yang meresapi parti-parti pembangkang dalam usaha untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Lim Kit Siang mengelabah seolah-olah komunis yang dimaksudkan itu ialah DAP.

Akibat daripada ‘terkejut’ dengan kenyataan itu, Lim Kit Siang menyalahkan PDRM dan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin mendedahkan nama pemimpin yang dimaksudkan itu.

Sambil menafikan bahawa kenyataan itu sama sekali cuba untuk memerangkap DAP kerana rakyat sebelum ini akan terfikirkan DAP jika disebut komunis.

Selain Lim Kt Siang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga mengelabah dan bimbang dengan kenyataan yang dibuat oleh PDRM boleh "bertujuan jahat" ke atas pembangkang menjelang PRU-13.

Terdahulu, Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin mendedahkan terdapat pengganas JI dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon pada PRU-13. Hal ini tidak dapat dibiarkan kerana pastinya Perlembagaan dan Islam akan tergugat.

Difahamkan elemen JI cuba meresapi PAS manakala elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP. PKR pula diresapi golongan LGBT.

Jika dilihat situasi ini, adalah tidak mustahil perkara ini berlaku memandangkan beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana. Malah, Anwar al-Juburi sendiri kerap datang ke Bangkok untuk ‘melawat’ dan makan angin selain mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin di sana.

1 komen:

  1. Sofian Makinuddin, PDRM, patut tangkap Muhyiddin TPM kerana berjumpana dengan Zhao Leji,# SU Parti Komunis China!

    Apa lagi?

    # Muhyiddin jumpa Komunis dalam Pejabatnya!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger