Sunday, July 1, 2012

PAS CABAR UMNO UNDI BN DAPAT PAHALA



Kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sebelum ini yang menyebut 'undi PAS dapat pahala' adalah bertujuan untuk mendapatkan undi pengundi Melayu di beberapa buah negeri termasuk Kelantan. Apakah sungguh mudah kenyataan itu hingga mengheret agama ke dalam politik?

Sikap pemimpin PAS terutama Nik Aziz yang telah membelakangkan keputusan Mufti Kebangsaan dengan mengheret agama ke kancah politik dianggap sebagai mencarut. Disebabkan tiada lagi isu yang boleh mempengaruhi rakyat untuk membenci UMNO dan BN, PAS terpaksa menggunakan agama bagi mendapatkan sokongan.

Malah, PAS menganggap pemimpin UMNO kurang dalam ilmu agama kerana tidak mengerti kenyataan penuh Nik Aziz itu. Dengan rasa bangga, Nik Aziz nekad mempertahankan kenyataannya itu sebagai boleh digunapakai.

Akibat tidak tahan dengan desakan pelbagai pihak yang mengatakan PAS sudah terkeluar daripada perjuangan Islam dalam mempertahankan kenyataan Nik Aziz itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah mencabar UMNO membuat kenyataan mengundi parti itu atau BN pada pilihan raya umum akan dikira sebagai amal soleh. Ini kerana segala amalan yang dilakukan manusia di dunia ini berkait dengan soal dosa dan pahala.

Dengan tegas, Mohd Amar menyatakan keyakinannya bahawa perjuangan kami adalah perjuangan Islam dan semua yang dilakukan mengikut al-Quran dan sunah, jadi apa salahnya kami kata undi PAS dapat pahala kerana semua perkara, politik, sosial, ekonomi, kebudayaan tidak boleh dipisahkan daripada Islam.

Justeru, PAS menegaskan di sini bahawa 'undi PAS dapat pahala'. 

2 komen:

  1. Jangan la cabar orang macam ni. Kalau awak dah terjun longkang, apasal nak ajak orang lain. Soal dosa dan pahala itu urusan allah Taala. Mana boleh kamu kata undi PAS dapat pahala. Lu sapa mau cakap itu macam. Pahala bukan lu punya. Tarak malu ka. Semua makhluk termasuk binatang pun tahu pahala itu hak mutlak allah taala. Lu solat pun belum tentu dapat pahala, sebab yang paling jelas, pahala itu tak nampak. Lu ingat lu dapat rezki wang kutipan melimpah tu tanda lu dapat pahala ke. Cakap pakai akal, jangan pakai perut sebab perut tu dah bercampur; entah halal ke haram??????????

    ReplyDelete
  2. ini bukan terjun longkang tetapi nampak sangat umno tdak pandai jawap .pahala dosa hak allah.jika banyak dosa masuk neraka itu allah janji dan banyak pahala masuk syurga.syarat dapat pahala kena dalam islam dan tidak batal islam.pahala banyak allah suruh rancang .dengan membuat perkara baik.menegak negara islam itu wajib dan dapat pahala .jika tolak tegak negara islam buat jadi islam yang batal .mana penting batal islam dengan melayu. tegak kalimah la ila ha illallah adalah wajib setiap orang muslim .umno sudah terbukti tidak mengamal islam dlam pentadbiran walaupun 55 tahun merdeka.jadi di kalangan ulama untuk selamat umat islam dari berdosa tidak mengamal islam.terpaksa tubuh parti bagi menyaingin dapat kuasa bagi membolehkan islam diamalkan dalam pentadbiran tanpa halangan.adakah kerja tegak islam itu tiada pahala?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger