Wednesday, July 25, 2012

PKR ‘BERJANJI’ BERIKAN KERETA JIKA MENANG PRU-13



Dalam memancing undi rakyat pada PRU-13, Pakatan Pembangkang menerusi PKR ‘berjanji’ dengan menawarkan penurunan harga kereta seperti mana yang cuba dimasukkan dalam manifesto Pakatan Pembangkang. Ini bukan janji yang pertama dan juga bukan janji yang terakhir. PKR dan Pakatan Pembangkang akan terus menabur janji yang mana janji-janji terdahulu masih belum tentu ditunaikan.

Nampaknya janji yang ditaburkan Pakatan Pembangkang telah menjadi lumrah untuk menipu rakyat. Jika sebelum ini cubaan untuk memberikan pendidikan percuma gagal, kenapa tidak pula ‘berjanji’ memberikan percuma kereta? Kenapa hanya menurunkan harga kereta? Sedangkan kita tahu bahawa harga kereta akan susut nilai.

Jika dilihat janji terbaru PKR ini yang bertujuan memancing undi masyarakat muda, janji-janji Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang ke atas rakyat semasa mengambilalih pemerintahan BN pada tahun 2008 sehingga kini masih belum terlaksana. Inikan pula janji hendak menurunkan harga kereta?

Jika kerajaan BN menggesyorkan rakyat berkongsi kenderaan atau menggunakan perkhidmatan awam bagi mengatasi kesesakan jalan raya ketika waktu puncak hendak ke pejabat, tetapi PKR cuba menambah kesesakan dengan menggalakkan rakyat memiliki kenderaan.


Harus diingat bahawa cadangan PKR menurunkan harga kereta itu bukan jalan penyelesaian dalam mengatasi kesesakan sebaliknya menambahkan kesesakan jalan raya. Penurunan harga kereta juga mengakibatkan kos-kos lain seperti servis, alat ganti, insuran, roadtax dan apa saja melibatkan kereta akan naik. Apabila permintaan ke atas kereta meningkat maka penawaran ke atas penggunaan minyak petrol juga meningkat. Apakah Pakatan Pembangkang akan cuba untuk menurunkan harga minyak jika permintaan ke atas kereta akan meningkat?

Dakwaan bahawa Kerajaan BN memberi tekanan kepada rakyat dengan mengenakan cukai-cukai yang tidak munasabah ke atas kereta adalah satu lagi dakwaan yang tidak berasas. Apakah kerajaan sesuka hati hendak mengenakan sebarang cukai tanpa memaklumkan kepada rakyat?

3 komen:

  1. Kereta akan susut nilai, so kenelah murah separuh harga dari harga sekarang. Bila harga kereta turun, ramai beli kereta, jadi harga spare part pun makin murah sebab permintaan tinggi. Production kilang sparepart boleh up, peluang kerja meningkat kat bengkel, kedai kereta, kilang spare part, sykt insurans. insuran kereta n kadar interest bank akan turun (or naik sikit je) sebab bnyk permintaan. diorang akan bersaing. kerajaan boleh jimat duit dari segi pemberian bantuan sebab rakyat dah boleh jimat banyak sebab bayar bulanan kereta separuh dari sekarang kan?. kesesakan jalan raya kurang sebab sykt pengangkutan awam akan improve gila2 nak tarik balik org naik transport awam spt kos tambang turun, perkhidmatan efisien.so org akan pilih transport awam g keje sebab ada duit lebih (bayar kereta separuh harga kan?) n efisien n lebih murah. kereta akan digunakan untuk shopping, travel n outing etc. so lebih banyak peluang keje di bidang pengangkutan. Bengkel, insuran, bank pun dpt lebih bnyk customer.industri pelancongan akan improve dan ekonomi runcit lebih untung sebab org ada duit lebih nak belanja n bersantai dgn keluarga. senang kata rakyat dan negara untunglah! cuma mahathir n kroni tak berapa untung sebab x leh amik duit kita lagi. Ngarut aje jalan makin sesaklah, ekonomi down lah etc. saja aje nak takutkan kita. negara lain boleh buat. ingat kita bodoh ke. so apa kata PRU13? tahun 2005 puas org membebel pasal harga kereta ni tapi BN buat derk je sampai isu ni dulu tenggelam. kali ni kita bagi diorang panas bontot.penatlah asik kene tipu aje.kat negara sendiri pun kene hanjing.dah la bwk masuk bnyk pekerja asing.sebab gaji murah tapi barang semua mahal.kita di negara sendiri mcm hamba dibuatnya.ni semua BN punya onar.semua jadi mahal.amanah tadbir negara yg kita bagi entah ke mana.rakyat makin susah.baik pecat diorang pru13 ni lantik PKR pulak.

    ReplyDelete
  2. Allah..selamatkan bumi malaysia ini !!!...aku bosan dgn politik dunia ini...mcm2 kerena...

    ReplyDelete
  3. sy sokong PENCINTA ALAM..UNDILAH PENCINTA ALAM...bumi malaysia akan selamat dari perang politik...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger