Friday, July 6, 2012

PKR KEKURANGAN CALON YANG LAYAK DAN SESUAI



Sehingga kini, PKR dijangka akan bertanding di 66 kerusi Parlimen dengan 14 calon Melayu dan 8 calon dari lain-lain kaum dengan selebihnya 25 kerusi masih belum dimuktamadkan. Selain kegagalan dalam memperoleh calon pilihan yang sesuai, PKR dikatakan mengalami pertindihan dengan PAS dan DAP khususnya di Sarawak dan Sabah.

Ini bermakna daripada 66 kerusi, hanya 22 sahaja yang dapat dimuktamadkan sementara 44 yang lain masih lagi samar. Ini menunjukkan betapa sukarnya PKR untuk mencari calon yang sesuai, jauh sekali yang layak dan mampu menang untuk menghadapi PRU-13 kali ini.

Lebih membingungkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sehingga kini belum menyatakan akan terus bertanding di Permatang Pauh atau berpindah ke Parlimen lain. Ini kerana rakyat dan pengundi tegar di Permatang Pauh kini sudah mula sedar akan penipuan dan pembohongan Anwar Ibrahim dan cuba untuk menolak penyandang Ahli Parlimen Permatang Pauh. Ini terbukti apabila sambutan yang diterima Anwar Ibrahim semasa berceramah di Permatang Pauh langsung tidak mendapat sambutan rakyat. Desas-desus Anwar Ibrahim akan beralih kerusi yang akan ditandinginya juga kian hangat dengan dikatakan akan memilih Parlimen Nibong Tebal, kawasan selamat bagi PKR.

Malah, hasrat Anwar Ibrahim yang mahu bersara dari politik jika gagal pada PRU-13 akan datang ini timbul apabila sokongan yang diterimanya kian pudar.


Jika PKR kian merosot dalam memilih kawasan dan calon, seteru utamanya, PAS membayangkan akan bertanding 80 kerusi berbanding hanya 67 kerusi pada PRU yang lalu. Biarpun berjaya memperolehi pertambahan kerusi, namun hasrat PAS untuk menjadi parti dominan tidak akan menjadi kenyataan. Walau apapun terjadi, PKR dan DAP tidak akan membiarkan PAS menjadi dominan kerana menjadi perjanjian mereka PAS hanya ‘menumpang’ sahaja.

Kegagalan PKR dan kejayaan PAS menambah kerusi menyebabkan parti pembangkang paling rasis di Malaysia, DAP tidak akan berdiam diri. Dengan keengganannya yang tidak mahu menerima hudud dan mewujudkan negara Islam, DAP akan terus mendesak dan mengasak PAS. Atas sebab itu, DAP secara jelas mahu bertanding di 89 kerusi Parlimen bagi menolak PAS menajdi parti dominan dalam PR.

Nasib kaum-kaum bukan Cina di Malaysia, jatidiri bangsa Malaysia yang kita impikan, serta identiti Malaysia itu sendiri pasti berada dalam risiko terhapus sama sekali di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat yang didominasi DAP.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger