Wednesday, July 25, 2012

SATU LAGI FITNAH PAS TIDAK MENJADI DI BULAN RAMADHAN!!



Disebabkan sudah tidak ada lagi isu negatif yang boleh dikaitkan dengan Najib Razak, PAS dan Pakatan Pembangkang telah mengaitkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dengan cerita yang rekaan semata-mata bagi mengaburi rakyat kononnya Rosmah Mansor mempunyai ‘hubungan’ suami dengan pembaca Berita Dunia, Farid Ismeth Emir.

Bagaimanapun, temberang PAS dan Pakatan Pembangkang menerusi blog propembangkang segera dinafikan empunya badan dengan menyatakan cerita itu satu fitnah dan rekaan untuk mencemarkan nama baik isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Sambil menegaskan bahawa beliau tidak bersua muka dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Secara peribadi sememangnya tidak pernah, tetapi dari akhbar dan skrip berita, saya amat menghormati Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri. Itu saja. Tidak pernah, demi ALLAH tidak pernah.

Sebaiknya, Farid Ismeth Emir meminta mereka yang memulakan ‘gosip liar’ itu supaya insaf dan bertaubat atau akan mengalami aib yang seksa ketika membuat fitnah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sambil menyatakan, selain beliau sendiri, anak-anaknya juga bertanya bagaimana fitnah sebegini boleh diada-adakan? Ini suatu cerita yang karut dan wajar diperjelaskan kepada umum bahawa ia adalah suatu fitnah.

Ditanya adakah ini pertama kali beliau mendengar fitnah sedemikian rupa? Ini sudah lama berlaku dan sudah memasuki 11 tahun. Sebagai individu yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, saya sudah muak kerana berita itu palsu dan tidak benar. Kenapakah manusia sanggup menganiaya orang lain dengan suka menabur fitnah? Apakah mereka ini sudah tidak ada kerja lain?

Keadaan ini amat membuatkan kehidupan Farid Ismeth Emir tertekan. Spekulasi dan fitnah ini membuatkan dirinya malu, tertekan dan memendam rasa terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai. Kenapa isteri Perdana Menteri dan Perdana Menteri dikaitkan dalam hal ini?

Kepada mereka yang punca menabur fitnah, bertaubatlah sebelum anda ditaubatkan dengan azab yang seksa. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger