Saturday, July 7, 2012

WAN AZIZAH COVER DIRI DENGAN PERTAHANKAN BEETY CHEW CHENG



Apakah persamaan antara Wan Azizah dan Betty Chew Cheng? Memang betul kedua-duanya perempuan dan isteri orang. Malah persamaan yang agak sama ialah mereka berdua ini masing-masing diperalatkan suami.

Komen Wan Azizah dalam isu Betty Chew Gek Cheng:

“Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan serangan pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Betty Chew Gek Cheng merupakan tindakan terdesak dan pengecut untuk memalukan beliau dan keluarganya.”

Sebagai isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, serangan ke atas Betty Chew itu sangat memalukan. Manakala, Wan Azizah pula sampai sekarang tidak pula dan mahu berterus-terang berhubung salahlaku suaminya dalam video seks Chinadoll dan kehilangan jam Omega.

Wan Azizah merayu kepada semua ahli politik menjunjung dan hormati maruah wanita.

Bagaimana jika seorang wanita itu sebagai pengkhianat negara dan mahu menghancurkan negara dengan perbuatannya itu? Sebagai contoh, S. Ambiga secara terang melawan dan ingkar terhadap Yang di-Pertua Agong dalam melancarkan BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Apakah orang sebegini yang harus kita pertahankan?


Rakyat Malaysia tidak mahu seorang pemimpin sama ada wanita atau lelaki mempunyai skandal moral. Budaya ini jika diteruskan akan menyebabkan negara kita bertambah masalah moral.

Jangan hanya sebut wanita, semua dibolehkan dan semua diharuskan. Seperti lelaki, ia sama-sama manusia dan mempunyai batasan masing-masing. Wan Azizah harus faham kenapa rakyat Malaysia menolak pemimpin yang mempunyai masalah moral.

Rakyat Malaysia tidak mahu pemimpin yang mempunyai masalah moral menjadi pemimpin negara. Agama Islam adalah agama rasmi negara Malaysia. Oleh itu, jangan cemarkan agama Islam demi nafsu buas pemimpin itu sendiri. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger