Monday, August 13, 2012

ANWAR YAKIN TAKLUK SABAH DAN SARAWAK SELEPAS LAJIM UKIM KELUAR BN



Rakyat Sabah mungkin sudah mengetahui langkah seekor ‘katak’ yang namanya Lajim Ukim keluar BN, tetapi tidak bagi rakyat di Semenanjung dan Sarawak. Sehingga Anwar al-Juburi sendiri dalam ucapannya di hadapan kira-kira 300 orang penyokong tegar Pakatan Pembangkang di Sarawak berasa ‘terkejut’ dengan keputusan Lajim dan Wilfred Bumburing yang mengumumkan keluar BN.

Ramai di kalangan rakyat termasuk di Sarawak percaya bahawa kedua-dua bekas pemimpin UMNO-BN itu menyertai PKR. Namun, hakikatnya kedua-dua mereka itu sebenarnya telah menubuhkan dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS) sebuah parti baru yang diasaskan Wilfred Bumburing. Alasan yang diberikan terhadap penubuhan parti itu ialah kegagalan sistem penyampaian BN di Sabah. 

Atas kesudian Lajim dan Wilfred Bumburing berkrompomi dengan Pakatan Pembangkang di Sabah hanya menjelang PRU-13 menyebabkan Anwar al-Juburi begitu yakin bahawa Sabah bukan lagi deposit tetap BN dan sekarang ini sudah menular ke Sarawak. Atas alasan itu, Anwar al-Juburi telah datang ke Sarawak tidak sampai dua (2) bulan dalam menyampaikan ceramahnya di Satok atas tema Merdeka Rakyat.

Difahamkan selepas mengadakan ceramah di Sarawak, Anwar al-Juburi beserta rombongannya yang juga disertai Sheikh Kadir Fadzil dan Lajim Ukim akan mengadakan lawatannya ke Sabah bagi membawa angin perubahan yang telah dicetuskan Lajim dan Wilfred Bumburing.

Pada malam itu, Anwar al-Juburi yang lengkap berbaju Melayu dan bersamping seperti biasa menampakkan kewarakkan dalam menyampaikan ceramahnya. Ketika masyarakat Islam sedang bersembahyang terawih di surau dan masjid, pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk Anwar al-Juburi pula menyampaikan ceramahnya yang bermula jam 8.00 sehingga 11.00 malam. Pada ketika itu, kesesakan di Satok sangat luar biasa bukan kerana Ceramah Merdeka Rakyat di Satok, tetapi disebabkan kemeriahan penduduk Kuching membeli-belah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Malah, lebih memburukkan keadaan, ceramahyang diadakan di kawasan awam di Satok itu telah menyebabkan kesesakkan jalan raya dan mengambil banyak kawasan tempat letak kereta. Ada di kalangan rakyat yang tujuannya datang ke Satok untuk membeli-belah, tetapi tersangkut di jalan raya akibat tindakan penganjur menggunakan kawasan awam. Ini menyebabkan rakyat marah kepada penganjur kerana tidak menghormati bulan Ramadhan dan ini bukan musim pilihan raya.

Hakikatnya, Pakatan Pembangkang tidak menghormati bulan Ramadhan ini seharusnya mereka menggunakan waktu ini untuk bertaubat kepada Allah swt. 

3 komen:

  1. WINNABLE OR CABLE- NAJIB PILIH SIAPA?

    Penulis bukan politikus yang `season’ dan tidak menyandang apa apa jawatan dalam organisasi. Penulis memberikan cadangan amat mudah tetapi amat sukar untuk DS Najib dan Kerajaan BN melaksanakan.

    DS Najib banyak kali menyatakan bahawa calon BN di dalam PRU13 mestilah `winnable candidate’. Antara kriterianya ialah mereka yang benar-benar menepati kehendak rakyat setempat. Pemimpin yang gagal menyelami denyut nadi rakyat,bongkak, sombong dan angkuh tidak akan mendapat tempat dalam penyusunan barisan. Pemimpin yang menghadapi masalah kewangan, moral, rasuah dan penyelewangan terpaksa di ketepikan dahulu. Penulis suka memberi cadangan kepada DS Najib seperti berikut:-

    1. Rule of tumb-penukaran
    Penulis cadangkan 50 peratus barisan jemaah kabinet sediaada di tukar dan diberi nafas baru. Mereka yang `gugur’ bukan mereka tidak berprestasi dalam kerja mereka, tetapi atas dasar `job rotation’. Jadi 50 peratus isu isu yang melanda para jemaah menteri akan di`tiadakan’. Jemaah menteri yang dipilih mesti melalui `skrin kesihatan yang ketat’ atau sihat atau usia muda. Polisi ini harus di`institusi’kan supaya pemegang jawatan sudah tahu bahawa masa telah tiba untuk berundur dan memberi peluang orang baru. Kemungkinan rasa malu dan tidak sedap hati para jemaah yang ditukar akan dapat dikurangkan. Sabotaj parti pun mungkin berkurangan. Ahli parti kurang memarahi PM kerana ia adalah polisi parti. Arahan pembaruan mesti dituruti oleh parti komponen lain seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya. Pernah berlaku, Presiden sebuah parti dicalonkan selama mungkin sampailah beliau dikalahkan di dalam pilihanraya.

    Polisi ini boleh digunapakai untuk ahli parlimen dan ahli dewan undangan. Lebih ramai pemimpin politik boleh menjadi adun dan ahli parlimen. Jesteru itu, kuranglah berlaku pertandingan sengit merebut jawatan di peringkat cawangan dan bahagian. Kuranglah pergeseran dalam parti maka stabil dan kuat lah parti.

    Setengah tengah negera mensyaratkan penyandang jawatan 2 penggal. Amerika menghadkan dua penggal sahaja atau 10 tahun untuk jawatan Presiden. BN boleh mempertimbangkan keadah tersebut kerana masing-masing sudah tahu jangka hayat masing-masing.

    2. Rule of tumb- Pengalaman berbanding kurang pengalaman (Tua banding muda)
    PM perlu membuat imbangan calon `orang lama dengan orang muda’, `calon mengikut parti komponen’, calon Melayu dengan bukan Melayu, calon berpendidikan agama berbanding dengan bukan agama dan calon popular kerana kerjayanya seperti Dato Lee Chong Wei (sukan), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie (angkasawan Negara), Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi), Dato Jin Shamsudin (pelakon), Amy atau Awie (pemuzik), Tokoh Agama (Ustaz Kazim dan Ustaz Fathul Bari, tokoh pendidik dan banyak lagi.
    Penulis pernah mengutarakan apakah strategi PM mengenai Ahli Parlimen Bebas seperti Zulkilfi Noordin (Kulim), Ibrahim Ali (Pasir Mas), Wee Chee Keong (Wangsa), Zaharin Hashim (Bayan Baru) dan ramai lagi, andaikata mereka mahu bertanding.

    Penulis berangan angan PM akan melantik seorang wanita menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri yang pertama di Malaysia. Penulis cadang YB Senator Datuk Maznah Mazlan untuk Pahang. Dahulu penulis ingin melihat Dato Halimah Siddiq atau Dato Sri Azlina Othman Said untuk merajui negeri Johor. PM harus memberikan penghormatan kepada kaum wanita yang merupakan lebih kurang 50 peratus rakyat Malaysia.

    Bersambung…
    Ikhlas dari
    Nasirwise.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. TAIB MAHMUD DAN POLITIK SARAWAK

    Penulis mengusahakan satu projek hijau (zero effluent discharge for palm oil mill) di Sibu dan berkesempatan berinteraksi dengan businessman Sibu dan juga pegawai Kerajaan Sarawak. Negeri yang amat luas ini amat sukar untuk dibangunkan lebih lebih lagi apabila tiada peruntukan. Kerajaan Negeri terpaksa membuat `priority list’ untuk mengariskan projek projek yang perlu dijalankan menurut kepentingan dan bajet.

    Majoriti ahli perniagaan dan orang muda bangsa Cina yang saya temui tidak menyokong Taib Mahmud dan BN. Sebab utamanya Taib Mahmud telah terlalu lama berkuasa. Taib Mahmud kaya raya hasil rasuah dan menopoli perniagaan. Taib Mahmud gemar `menebang pokok balak’ atau anugerah lesen membalak dan tidak mengurus hutan dengan baik.

    Semasa menghadiri sebuah seminar di Bintulu, terdapat agensi kerajaan telah memberikan penerangan mengenai tugas jabatan dan kejayaan yang telah diperolehi. Penulis terperanjat dengan jabatan perhutanan Sarawak, Natural Resource dan 2 lagi agensi berkaitan yang mengurus hutan Sarawak dengan baik. Tahniah!!!. Penulis ingin menyatakan Taib Mahmud dan BN amat beruntung kerana pegawai pegawai Kerajaan adalah penyokong kuat Taib Mahmud dan BN. Mereka tahu dan percaya kepada usaha usaha Kerajaan memelihara hutan. Mereka perlu melakukan banyak lagi ceramah ceramah dan seminar di Semananjung Malaysia untuk menyatakan kebenaran. Tidak banyak maklumat kejayaan ini disalurkan di alam maya. Kerajaan Sarawak perlu atur strategi `pemutihan’ maklumat mengenai hutan Sarawak. Seminar tersebut mengubah presepsi penulis tentang Taib Mahmud dan beliau harus terus menerajui Sarawak untuk menghabiskan program kehijauan di Sarawak.

    Penulis ingin berkongsi maklumat dengan rakyat Sarawak dan Malaysia khasnya bahawa Taib Mahmud adalah symbol kestabilan di Sarawak dan ia penting kepada BN. Pakatan Rakyat mengimpikan perletakan jawatan Taib Mahmud dari jawatan Ketua Menteri. Jika ini berlaku ia akan batu loncatan untuk kemusnahan atau keruntuhan BN. Cina Sarawak yang berbilang `dialek’ amat kaya raya dan mempunyai empayer tersendiri. Mereka ini kayaraya hasil dasar perniagaan dan liberalisi Taib Mahmud dan Kerajaan Sarawak.

    Siapakah yang sesuai mengantikan Taib Mahmud di Sarawak?. Pada penulis, ramai yang berkelayakan di Sarawak seperti Abang Johari dan Awang Tengah. Tetapi mereka tidak mempunyai satu peluru iaitu kekayaan serta `networking’ meluas. Andaikata Abang Johari atau Awang Tengah mengantikan Taib Mahmud, ahli ahli perniagaan Cina yang kayaraya tidak akan `respect’ kepada pemerintah kerana Ketua Menteri baru tiada wang dan kekayaan. Perbincangan dan rundingan serta keputusan sukar dilaksanakan kerana `no respect’ dari ahli perniagaan. Ketua Menteri baru tidak boleh mengawal ahli perniagaan Cina ini dan ini memudahkan keruntuhan BN di Sarawak. Pada hakikatnya hanya Taib Mahmud dan anaknya akan mendapat `respect’ daripada ahli perniagaan Cina.



    Jesteru itu, BN harus tahu keadaan di Sarawak dan hanya pada ketika BN amat kuat di Malaysia, Taib Mahmud boleh bersara. Jika Taib Mahmud masih sihat, beliau perlu bertindak sebagai Ketua Menteri Kanan (seperti di Singapura). Sebaiknya anak Taib Mahmud dilantik menggantikan ayahnya. Ramai rakyat akan kata kroni, tetapi ia adalah terbaik untuk Sarawak dan BN.

    Bersambung....

    Ikhlas dari
    Nasirwise.b;ogspot.com

    ReplyDelete
  3. kenapa tak lantik saja taib jadi Raja Sarawak..bolehlah anaknya mewarisi negeri sarawak.Ingat sarawak ni bapak dia punyakah..kalau nak buat camtu langkah mayat org2 melayu sarawak dulu. org melanau mungkin suka tapi kami tidak sbbnya kita tidak serupa.(hanya bangsa itu sendiri dapat mengubah bantu bangsa sendiri)
    Itu hanya andian atau teori orng tamak macam kamu dan taib je..siapa2pun boleh jadi KM sarawak..tiasa istilah No respect dalam menentukan pelantikan KM itu hanya alasan.
    Tuhan melahirkan banyak orang yang bijak2 takkan taib seorang je yang pandai tabir negeri ini orang lainpun boleh cuma tak diberi kesempatan.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger