Wednesday, August 15, 2012

BERSIHKAH POLITIK SELANGOR HINGGA MENIDAKKAN POLITIK DI SARAWAK



Belum sampai 5 tahun atau 1 penggal pemerintahan di Selangor, Pakatan Pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS telah banyak menyusahkan rakyat Selangor. Hanya disebabkan ketamakan menguasai diri pemimpin Pakatan Pembangkang yang diketuai Khalid Ibrahim dan diarahkan Anwar al-Juburi, rakyat Selangor telah menderita pelbagai masalah seperti mengkristiankan umat Islam, sampah sarap di Selangor yang tidak dikutip, tender pengutan sampah ditamatkan, isu bekalan air bersih, lambakan rumah urut dan kelab malam, merobohkan rumah kedai, isu TALAM Corporation, isu pengambilalihan Padang PKNS dan banyak lagi. Semua ini bukan sahaja membuatkan rakyat Selangor menderita bahkan menyebabkan Sultan Selangor murka akan rakyatnya yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pemerintah negeri.

Cukuplah contohnya negeri Selangor, namun itu jugalah yang dibanggakan Pakatan Pembangkang Sarawak. Ini diakui sendiri Ketua AMK Sarawak, Ahmad Nazib yang melihat kepimpinan Pehin Sri Taib Mahmud di Sarawak dianggap kotor. Apakah kepimpinan Selangor itu tersangat baik dan bersih hingga menyebabkan rakyat sendiri hidup dalam serba kekurangan dan kekacauan!

Selama pemerintahan BN di Sarawak sejak merdeka, tiada sebarang masalah besar yang dihadapi rakyat Sarawak. Diakui kepimpinan BN telah banyak membawa kepada pembangunan dan peningkatan taraf hidup rakyatnya yang kini kian bertambah. Sewajarnya kepimpinan Selangor yang ada sekarang mencontohi pelan kepimpinan Sarawak.

Menjadi mainan Pakatan Pembangkang yang membawa isu rasuah dan rampas tanah adat di Sarawak. Semua ini adalah cubaan untuk Pakatan Pembangkang khasnya PKR dan DAP dalam menyemai benih benci kepada kerajaan BN Sarawak. Mereka cemburu dengan kejayaan pimpinan Pehin Sri yang berjaya mengubah landskap kehidupan rakyat Sarawak dahulu hingga kini.

Lihat saja kawasan DUN mahupun Parlimen yang dimenangi DAP dan PKR sebelum ini yang langsung tidak membangun. Jika ada pun, semua ini diusahakan BN kerana ianya terletak di kawasan bandar. Malah, pemimpin DAP hanya pandai mengkritik dan memfitnah pemimpin BN, tetapi mengabaikan kawasan yang diwakilinya. Menjelang pilihan raya, baharulah pemimpin Pakatan Pembangkang ini sibuk kononnya mereka bekerja demi rakyat.


Lihat saja Parlimen Sibu yang dimenangi Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng dalam PRK Sibu pada 2010. Sewaktu kempen, pelbagai macam janji dan keyakinan yang cuba dibawa oleh Wong Ho Leng dan Pakatan Pembangkang terhadap rakyat Sibu. Dan, kini selepas PRN Sarawak Ke-10 dan menanti masa PRU-13, rakyat Sibu khususnya tertanya-tanya apakah ‘perubahan’ yang telah dibawa Wong Ho Leng kepada Sibu?

Jika diamati pemimpin Cina seperti DAP ini hanya mahukan kuasa. Dengan kuasa yang ada maka mereka boleh mengubah dasar negara yang sedia ada khususnya Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan ini secara terang menjaga keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Ekonomi Malaysia kebanyakannya dipegang Cina dan hanya memerlukan kuasa politik untuk membolehkan Malaysia menjadi Singapura ke-2 di Asia Tenggara.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger