Friday, August 17, 2012

DEMI POLITIK PAS SANGGUP MENGHALALKAN DAPig



Tulisan Dr Khairrudin Razali dalam Sinar Online dengan menyatakan hubungan PAS-DAP sebagai Kafir Muahad. Apa saja percakapan mahupun label yang diberikan PAS dalam hubungannya dengan DAP ialah demi kepentingan politik semata-mata. Ini sendiri diakui Mursyidul Am PAS, Nik Aziz sebelum ini.

Berdasarkan pandangan Dr Khairrudin, beliau menganggap DAP itu sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan Negara yang menetapkan antaranya Islam sebagai agama Persekutuan.

“Setiap rakyat di Malaysia wajib menjunjung Perlembagaan Negara dan harus mengakui Islam itu agama Persekutuan. Tetapi, kenapa PAS yang ‘mahu’ melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan sebuah negara Islam suatu ketika dahulu ditentang keras DAPig?

Demi kepentingan politik, PAS sanggup menghalalkan hubungannya dengan DAPig biarpun sebelum ini Nik Aziz lantang mengajukan hubungan dengan DAPig itu sebagai haram. Apakah Dr Khairudin mahu menentang fatwa Nik Aziz itu?

Biar apapun konsep mahupun pegangan yang cuba dibawa Dr Khairrudin dan PAS mengenai halalnya hubungan PAS dengan DAPig, namun hakikatnya PAS menjalinkan hubungan dengan parti DAPig yang secara terang menentang dasar Islam, tetapi demi kelangsungan politik PAS terpaksa menutup sebelah matanya.

Mengikat janji bersama ‘Pakatan Rakyat’ bukan lesen atau bukti bahawa DAPig itu tidak menentang Islam. Seperti yang diketahui ahli-ahli DAPig itu bersifat talam dua muka yang juga sama seperti PAS mahu mengharapkan sokongan pengundi Melayu yang merupakan pengundi majoriti di Malaysia.

Sokongan PAS dalam BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 yang ditunjagi oleh S. Ambiga yang merupakan seorang peguam yang pernah membela Lina Joy dalam kes murtad. Apakah ini juga dibenarkan dalam Islam seperti yang diperkatakan dan dimahukan PAS?

Kesepakatan yang diperkatakan Dr Khairrudin itu bahawa mempertahankan Perlembagaan Malaysia khususnya dalam empat perkara, antaranya Islam sebagai agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-raja Melayu, hak Istimewa Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara hanya mahu mengaburi mata rakyat Malaysia.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, sandiwara ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin DAP dalam menerima Islam bukanlah perkara baru dan Karpal Singh sendiri secara jelas menentang Islam dalam konteks Perlembagaan.

1 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger