Wednesday, August 22, 2012

DRAMA ‘TANAH KUBUR’ WAJAR DITAKUTI ANWAR IBRAHIM



Drama Tanah Kubur yang episodnya menyentuh mengenai azab-azab kematian seseorang muslim yang beragama Islam disebabkan perlakuannya semasa hidup di dunia. Episod ini memaparkan bagaimana seorang pemuda yang beragama Islam itu telah terpesong daripada ajaran Islam dengan ‘berkahwin’ dengan pemuda datangnya dari negara Barat atas perasaan cinta. Pendek kata cinta lelaki sejenis atau kahwin ‘gay’.

Bagaimanapun, perkahwinan ‘mereka’ ini tidak diketahui oleh keluarganya sehinggalah ibunya mendesak anaknya (pemuda) itu berkahwin dengan seorang wanita pilihan keluarganya. Ibunya ini mahu anaknya dan calon pengantin wanita itu berkahwin.

Desakan ibunya telah membuatkan pemuda itu serba salah kerana jika dia menolak permintaan ibunya maka dia bukan lagi sebahagian daripada keluarganya dan ibunya tidak akan mengaku anaknya lagi. Ini telah menyebabkan pemuda itu tertekan sehingga menyebabkan kematian akibat lemas.

Dalam pada itu, keputusan ibu pemuda itu mahu mengkahwinkan anaknya dengan wanita pilihan keluarganya telah mengundang rasa marah kepada pemuda dari negara Barat yang juga ‘suami’ pemuda itu.


Berikutan dengan kematian pemuda itu, jenazahnya kelihatan terlalu lembik dan berbau busuk. Kejadian ini mengingatkan kepada pemuda yang menjadikan dirinya sebagai ‘isteri’ kepada pasangan gay itu. Ketika dikebumikan, terdapat api sedang membara hingga membakar kayu dan papan keranda yang telah dimasukkan ke dalam lubang kubur.

Kejadian seperti sangat menginsafkan kita sebagai muslim bahawa perlakuan songsang seperti mengamalkan hubungan sejenis sama ada sesama lelaki mahupun sesama wanita juga termasuklah amalan meliwat.

LGBT= Lesbian Gay Bioseksual Transgender yang cuba dipelopori di Malaysia harus dihindarkan kepada ia sangat bertentangan dengan Islam. Perjuangan yang disokong sepenuhnya oleh Ketua Umum PKR dan dibantu Majlis Peguam Malaysia harus ditentang habis-habisan biarpun amalan liwat sudah semakin sebati dengan pemimpin PKR itu.

Untuk lebih afdal lagi, adalah disarankan Pemimpin PKR itu menonton drama Tanah Kubur supaya insaf dan kembali kepada jalan yang benar. Ketika masih hidup ini segeralah bertaubat kerana jika sudah roh sudah terpisah dari jasad, itu sudah tidak berguna lagi. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger