Saturday, August 18, 2012

KARPAL SINGH KECUT PERUT DENGAR PENJELASAN TEGAS NASHARUDIN HINGGA MAHU SAMAN



Ekoran kenyataan ‘pedas’ bekas Timbalan Presiden PAS sekembalinya dari Mekah dalam sidang medianya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, tuan punya badan Karpal Singh yang menjadi tumpuan mahu mengambil tindakan saman ke atas Nasharudin Mat Isa.

Karpal Singh yang terkenal dengan ‘lawyer penipunya’ itu seakan-akan terdesak dan mahu menyaman ‘rakan’nya dalam PAS itu disebabkan sidang media yang dibuatnya semalam telah menjatuhkan aib air mukanya sebagai Pengerusi DAP.

Kenyataan berikut “bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam” benar-benar telah mengguris hati peguam berkerusi roda itu sehingga menyebabkan dirinya sudah hilang sabar.

Demikian juga, Nasharudin mempersoal pakatan politik PAS dengan pihak yang 'menentang Islam' (DAP). Tegas Nasharudin lagi, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".

Isu hudud dan Islam sememangnya menjadi pertikaian antara kedua-dua parti komponen Pakatan Pembangkang PAS dan DAP dengan PKR hanya melihat keadaan ini sebagai suatu perkara biasa. Kenyataan tegas Nasharudin itu telah menyebabkan PAS mengelabah dan sekaligus mengeruhkan lagi hubungannya dengan DAP yang sebelum ini telah dihalalkan beberapa pemimpin ‘profesional’ dalam PAS.

Akibat rasa marah keterlaluan, Karpal Singh menyifatkan Nasharadin hanyalah seekor ‘ikan bilis’ dalam PAS dan kenyataannya itu tidak mencerminkan pendirian PAS sebenarnya.

Yang menghairankan, jika Karpal Singh beranggapan sedemikian, kenapa beliau (Karpal Singh) mengelabah tidak tentu pasal dengan kenyataan Nasharudin? Kenapa perlu saman Nasharudin jika anggap ini sebagai ‘ikan bilis’? 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger