Thursday, August 2, 2012

KERAJAAN SELANGOR BIAYAI KOS GUAMAN RAFIZI RAMLI GUNA WANG RAKYAT



Hanya didakwa dan belum lagi disabitkan kesalahan berhubung pendedahan tiga akaun kewangan berkaitan skandal National Feedlot Corporation (NFCorp) bukan sahaja menjadikannya ‘popular’ dengan liputan meluas akhbar Sinar Harian bahkan mendapat layanan yang ‘baik’ daripada Kerajaan Negeri Selangor yang bersetuju membiayai kos guaman Rafizi Ramli dengan menggunakan wang rakyat.

Menerusi twitternya, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengutuk tindakan pihak berkuasa menahan Rafizi Lembu dengan dakwaan membocorkan akaun NFCorp. Bagi membelanya, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan dana khas untuk membiayai kos guaman Rafizi Lembu.

Akibat kenyataan Rafizi Lembu yang sebelum ini lantang menyuarakan kesalahan pemimpin BN yang mengaitkannya dengan NFCorp dan mendedahkan akaun NFCorp secara terperinci yang mana ianya hanya boleh didapati menerusi ‘orang dalam’ membuatkannya didakwa di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Biarpun secara terang sebelum ini mendedahkan sumber kewangan NFCorp dan kononnya dianggap ‘hero’ atas kejayaan besarnya itu, Rafizi Lembu seperti yang dijangka tidak mengaku bersalah.

1 komen:

  1. xpala..tolong sama2 kawan..yg khir toyol pakai duit rakyat joli merata,xmau crita ka?? hehe

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger