Friday, August 24, 2012

LAJIM UKIM DITAWAR JAWATAN KETUA MENTERI SABAH



Merdeka Rakyat di Sarawak pada 11 Ogos lepas menyaksikan bekas UMNO Sabah yang juga ‘katak’ Pakatan Pembangkang, Lajim Ukim telah memaklumkan bahawa 18 kerusi Parlimen di Sabah akan jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang.

Dakwaan itu konononnya sokongan rakyat Sabah ke atas Pakatan Pembangkang kian meningkat ketika mana Lajim Ukim menyatakan beliau keluar dari UMNO di hadapan lebih 20,000 penyokong Pakatan Pembangkang di Sabah. Bagaimanapun, angka itu hanya rekaan Lajim Ukim bagi memberikan gambaran kepada rakyat Sarawak bahawa Sabah sudah mula berubah.

Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Herbert Timbun Lagadan menyatakan parti PBS sentiasa menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN Malaysia. Rakyat Sabah tidak akan terpengaruh dengan janji manis Anwar Ibrahim yang mahu melantik seberapa ramai calon Sabah di dalam Kabinet Pakatan Pembangkang jika menang PRU-13. Malah, Lajim Ukim sendiri dikhabarkan dijanjikan jawatan Ketua Menteri Sabah.

Janji manis Anwar Ibrahim terserlah ketika beliau berjanji mahu memajukan Sabah selama 100 hari tetapi kini sudah beratus hari hanya janji tinggal janji. Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Merdeka Rakyat di Kuching, Sarawak menambah bahawa calon Ketua Menteri Sabah kini sudah jelas dan Pakatan Pembangkang tidak perlu risau kerana ia telah datang dengan sendirinya.

Di sebalik mahu memajukan Sabah selama 100 hari, Anwar Ibrahim yang ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah menemplak Presiden PBS ketika itu, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai ‘anti-Kuala Lumpur’ dan ‘anti-Persekutuan’.

Inilah Anwar Ibrahim yang ternyata seorang yang pandai berjanji tetapi selalu mungkir janji. Jika ini calon Perdana Menteri nescaya Malaysia akan muflis dan ini memudahkan Anwar Ibrahim untuk meminjamkan wang daripada IMF. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger