Monday, August 27, 2012

LIM GUAN ENG DAN KARPAL SINGH TERIMA GELARAN ‘DATUK’



Di sebalik persengketaan PAS dan DAP mengenai hukum hudud, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng menegaskan sudah tiba masanya DAP dan pemimpin Pakatan Pembangkang diberi dan menerima darjah kebesaran dengan apa jua gelaran.

Di Malaysia, hanya Ketua Menteri Pulau Pinang @ Lim Guan Eng sahaja yang tidak memakai dan menerima gelaran ‘Datuk’. Demikian juga dengan Pengerusi DAP yang anti-Islam, Karpal Singh yang telah lama terlibat dalam kancah politik masih belum menerima gelaran ‘Datuk’ dan darjah kebesaran.

Selama ini akibat anti-Islam, pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya DAP menolak pemberian darjah kebesaran dan memakai gelaran ‘Datuk’. Akibat kontroversi yang dicetuskan Karpal Singh kepada Nasharudin Mat Isa dalam soal hudud hingga membawa kepada gelaran ‘anti-Islam’, Lim Guan Eng telah mengalih isu itu kepada pemberian anugerah dan darjah kebesaran.

Lim Guan Eng tahu bahawa kuasa meluluskan pemberian darjah kebesaran dan gelaran itu harus daripada Sultan atau Raja di setiap negeri. Bagi mereka yang anti-Islam, lupakanlah saja niat untuk menerima darjah kebesaran termasuklah Karpal Singh dan juga Lim Guan Eng sendiri.

Bagi setiap pemimpin Pakatan Pembangkang, selain niat memimpin pastinya gelaran ‘Datuk’ amat diimpikan bagi memberikan penghargaan kepada pemimpin itu sendiri. Jika pemimpin BN boleh mendapatkannya, kenapa pemimpin Pakatan Pembangkang tidak boleh menerimanya?

Terdahulu, seorang pemimpin DAP Selangor, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim mencadangkan pemimpin-pemimpin DAP itu supaya menerima darjah dan bintang kebesaran yang dikurniakan oleh Raja-Raja Melayu. Sampai bila pemimpin DAP harus bersikap anti-Islam dengan menolak pemberian gelaran itu setiap masa?

"Sampai masa pemimpin DAP seperti Karpal Singh dan Lim Guan Eng... mereka patut terima darjah kebesaran Raja Melayu," kata Ng Suee Lim.

2 komen:

  1. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh kalau mahukan Datukship dah lama mereka dapat. Tetapi sebagaimana difahamkan mereka tak mahu. Mereka tak mahu tunduk kepada Melayu (Sultan/Raja/YDP Negeri)di majlis penganugerahan.

    ReplyDelete
  2. Dulu kata sebelum dapat penang, DAP tak mau satu apa gelaran...cuma utk mengabdikan diri demi rakyat...sekarang mau GELARAN ka..? kata harus kota... Bukan pengKOMEN PR asyik deeeeeppAaaaaaaaa saja betoi...
    Dari aku...Anak Melayu Jati.... Bangsa yg Tok Butuh hangpa kata dia, tak bangga jadi bangsa MELAYU.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger