Friday, August 24, 2012

MANSOR OTHMAN SEMBAH LIM GUAN ENG SEBAB TAKUT



Penafian Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman menggunakan perkataan ‘sombong’ dan ‘angkuh’ terhadap Lim Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan media sudah dijangka awal ekoran ketakutan melampau.

Setelah pendedahan demi pendedahan yang disertakan dengan bukti (lihat Malaysia Today http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/51222-guan-eng-arrogant-says-mansor-in-leaked-minutes) berhubung keceluparan mulutnya yang mempersoalkan Lim Guan Eng, Mansor Othman tiada jalan lain kecuali menyembah ‘berhala’ itu dalam sidang akhbar yang dibuatnya hari ini.

Menjadi kebiasaanya, Mansor Othman akan menyalahkan bloggers BN yang cuba menganggu gugat hubungan dalam Pakatan Pembangkang. Sebelum ini, media sosial dikejutkan dengan pendedahan bukti minit mesyuarat PKR Pulau Pinang yang menyiarkan kenyataan negatif Mansor Othman ke atas Lim Guan Eng. Mansor Othman telah menyifatkan Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong.

Kenyataan selamat Mansor Othman ketika sidang media ialah:

“Saya tidak pernah menggelarkan Ketua Menteri sombong dan angkuh dan saya tidak tahu dari sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakanya.

“Yang pasti perjumpaan ini telah dirakam dan kemudianya disiarkan di dalam blog anti-Pakatan Rakyat dengan niat jahat untuk merosakkan jalinan dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihanraya dan cuba mengeruhkan lagi hubungan baik antara saya dan Ketua Menteri.

Kenyataan Mansor Othman itu seolah-olah rakyat Malaysia bodoh dan tidak tahu akan bukti-bukti sahih yang boleh membuktikan Mansor Othman pernah membuat kenyataan sedemikian. Rujuk http://gelagatanwar.wordpress.com/2012/06/16/minit-mesyuarat-perancangan-strategik-pkr-pulau-pinang-siri-1/ . Takkan Lim Guan Eng begitu bodoh tidak membaca atau memiliki minit mesyuarat itu yang boleh diakseskan melalui internet.

Bagi menyatakan itu semua adalah mainan politik kotor BN, turut hadir ialah Lim Guan Eng, Pesuruhjaya PAS Negeri, Salleh Man dan beberapa kepimpinan Kerajaan Negeri.

Apa yang membangkitkan persoalan, Mansor Othman mengakui bahawa ada perjumpaan atau mesyuarat strategi parti sepertimana yang dilaporkan media dengan mengadakan perjumpaan biasa antara ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri sahaja. Tujuannya adalah bagi membincangkan strategi PKR dalam menghadapi PRU-13 akan datang.

Dalam Malaysia Today kenapa bila reporter tanya komen kata lain dalam Press Confren kata lain? Memang dah terkantoi... Nak Cover Up Ker? Satu Malaysia dah tahu. Malah Malaysia today pun dah jangka dia akan menafikannyer. Detail ader di bawah.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger