Sunday, August 26, 2012

NASHARUDIN MAT ISA AKAN DIPECAT PADA 9 SEPTEMBER INI



Hayat politik bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dengan PAS mungkin tidak berpanjangan apabila Presiden, Abdul Hadi Awang memberi gambaran bahawa PAS sudah tidak mengambil peduli lagi mengenai beliau.

Apakah Nasharudin Mat Isa akan senasib dengan Dr Hassan Ali yang dipecat daripada PAS?

PAS yang dijadualkan akan mengadakan Mesyuarat Majlis Syura pada 9 September ini dan akan turut membincangkan kedudukan Nasharudin dalam PAS. Nasharudin juga merupakan anggota Majlis Syura.

"Saya akan serahkan kepada Majlis Syura untuk mengambil sebarang tindakan kepada Nasharudin.

Abdul Hadi Awang dengan bongkak dan sombongnya menyatakan kalau UMNO nak tokoh yang sudah tidak dipilih lagi oleh ahli Pas dalam kepimpinan, kita tiada masalah.  

Nasharudin Mat Isa sebelum ini telah bertikam lidah dengan Presiden DAP berhubung hudud yang sangat ditentang keras DAP. Walaupun dikecam keras oleh Nasharudin, Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian PAS bahawa mereka tetap akan berjuang bersama DAP dan PKR biarpun DAP tidak sehaluan dengan PAS. Perjuangan politik lebih besar berbanding perjuangan hukum hudud.

2 komen:

  1. kalau dalam rumah sendiri

    paster tak dapat terima insan berlainan pendapat,

    insan yang yang menyeru pada perpaduan...

    bagaimana paster mampu berdepan

    berjuta-juta pendapat berbeza dalam sebuah negara majmuk?

    hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Matlamat pas hanya utk merosakkan UMNO dan merapuhkan solidariti umat Islam di negara ini...

      Delete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger