Friday, August 24, 2012

PAS AKUI SUKAR LAKSANA HUDUD DI MALAYSIA



Walaupun mengakui hukum hudud sukar dilaksanakan, PAS tetap dengan pendiriannya mahu melaksanakannya atas alasan politik. Kesukaran PAS melaksanakan hudud disebabkan pelbagai halangan dan suasana yang belum sesuai di negara ini Akta Mahkamah Syariah 1965 yang perlu dipinda.

Ini diakui sendiri oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Tegas Salahuddin, PAS tidak akan berputus asa demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menegakkan syiar Islam dari pelbagai aspek.

Kelantangan Salahuddin ini pastinya tidak digemari Karpal Singh dan DAP yang secara jelas menentang pelaksanaan hudud dan pembentukan negara Islam.

Mengulas mengenai pelawaan Tun Dr. Mahathir agar PAS bergabung dengan UMNO bagi melaksanakan hudud, tegas Naib Presiden PAS cadangan penggabungan itu adalah mustahil. Malah, PAS kini sudah tidak mempercayai kenyataan Tun Dr. Mahathir itu.

Keegoan Salahuddin terserlah apabila menolak secara emosional pelawaan bekas Perdana Menteri itu sebaliknya ‘masih’ mempercayai Karpal Singh dan DAP biarpun mereka secara terang menentang hudud dan pembentukan negara Islam.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger