Sunday, August 26, 2012

PAS SARAWAK MULA KEMPEN GUNA KAD RAYA



Berikutan tidak terlibat dan dipulaukan dalam Ceramah Merdeka Rakyat yang kerap diadakan di Kuching anjuran Pakatan Pembangkang, PAS sebaliknya menggunakan pendekatan tersendiri dengan mengagihkan ‘Kad Raya’ PAS di kawasan Samarahan.

Kad Raya PAS ini telah diagihkan kepada penduduk-penduduk di Kampung  Tanjung Bundong Tradisi seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Ini telah menjadi buah mulut dan menggemparkan penduduk dengan sepanjang Hari Raya ini semua orang bercakap pasal Kad Raya PAS sahaja. Kegemparan ini disebabkan PAS sebelum ini tidak pernah memberi Kad Raya kepada penduduk dan ini pastinya sebagai suatu alat kempen biarpun PRU-13 belum lagi kedengaran.

Seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Pak Madi berusia lewat 50-an, kad raya itu diedarkan ke rumah-rumah di kampung itu seminggu sebelum Hari Raya ini.

“Beberapa penduduk kampung di sini mula bercakap mengenai kad Raya itu… ada yang bertanya sama ada menerima kad raya daripada pembangkang (PAS) atau tidak.

“Apa tidaknya penduduk di sini tidak pernah menerima kad raya daripada pembangkang sebelum ini.

Selain Kampung Tanjung Bundung Tradisi, Kad Raya PAS turut diedarkan juga di beberapa kampung seperti Kampung Tanjung Bundong, Muara Tuang, Tanjung Parang dan beberapa kampung lain di Bahagian Samarahan.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger