Thursday, August 2, 2012

PEMIMPIN PKR DAKWA PENANGKAPAN RAFIZI ‘LEMBU’ SEBAGAI KONSPIRASI



Seperti biasa, apabila pemimpin pembangkang ditangkap dan didakwa di mahkamah atas kesalahan yang secara terang dilakukan ia dianggap sebagai konspirasi. Ia seolah-olah mereka dianiaya dan dikonspirasikan bagi menjatuhkan mereka yang kononnya memperjuangkan keadilan. Mereka ini ‘kebal’ dari undang-undang dan dari melakukan jenayah.

Tindakan pihak polis menangkap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di Mahkamah Sesyen dilakukan di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989 berhubung isu mendedahkan penyata bank National Feedlot Corporation (NFCorp).

Tertuduh, dibawa ke Mahkamah Seksyen 6, di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, didakwa di bawah Seksyen 97(1) Bafia, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.

Rafizi, 35, didakwa menzahirkan salinan ringkasan akaun empat pelanggan Public Bank kepada konsultan media Yusuf Abdul Alim dan wartawan The Star, Erle Martin Carvelno.

Akaun terbabit adalah milik syarikat NFCorp, National Meat and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, dan salinan ringkasan baki milik Pengerusi Eksekutif, NFCorp Datuk Mohamad Salleh Ismail.

Penangkapan ini juga susulan daripada laporan polis yang dibuat NFCorp dan kepada Bank Negara mendakwa Rafizi telah bertindak mendedahkan kerahsiaan dokumen yang secara jelas tertera perkataan 'sulit dan peribadi' kepada pihak media.

Kenyataan bertarikh 17 Mei lalu syarikat itu menyebut, pada awal bulan itu, Rafizi telah mengedarkan kepada media sepucuk surat bertanda 'sulit dan peribadi' bertarikh 24 April daripada bank terlibat yang telah dialamatkan kepada Johari Mohamad, seorang pegawai bank NFCorp membuka akaun.

Menurut peguam-peguam NFC, semua pencabulan dan sikap tidak hormat  Rafizi terhadap perkara kerahsiaan adalah disebabkan untuk memenuhi agenda politik peribadinya.

Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.

Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.

1 komen:

  1. Assalam Bro

    Lembu memang tak salah, yang salah mamat mabuk ni... Biasalah mereka mula2 berbohong lepas tu mencuri... Salan BN juga... Mulut yang busuk mulut dia, BN juga yang salah... Bodohnya

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger