Friday, August 31, 2012

PERHIMPUNAN HARAM CEMARI SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55





Ketika ambang kemerdekaan pada malam menjelang 31 Ogos rakyat dikejutkan dengan Perhimpunan Haram yang dicetuskan oleh BERSIH dan dianjurkan Pakatan Pembangkang.

Walaupun tidak mendapat kelulusan daripada polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penganjur seperti mana degilnya tetap meneruskan Perhimpunan Haram itu.


Perbuatan penganjur yang juga Pakatan Pembangkang pada malam itu telah mencemarkan sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-55 dan memberikan kesan negatif kepada rakyat dan negara luar.


Di sebalik penganjuran itu, kanak-kanak juga turut terlibat dan dijadikan perisai jika ada sebarang penahanan. Bagaimanapun, pada malam itu tiada sebarang kejadian yang tidak diingini biarpun penyokong Pakatan Pembangkang yang terlibat cuba mencetuskan provokasi ke atas penguatkuasa.


Apa saja yang cetuskan Pakatan Pembangkang pada malam itu sebenarnya mahu merosakkan imej Kemerdekaan Malaysia Ke-55. Ternyata mereka itu tidak layak dipanggil rakyat Malaysia.

2 komen:

  1. Bendera yang hendak ditukar juga ciplak bendera Singapura.
    Kalau bendera hendak ditukar tidak mustahil:-
    1. Agama rasmi Islam juga boleh ditukar,
    2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi juga boleh ditukar,
    3. Perlembagaan Malaysia juga boleh ditukar,
    4. Nama Malaysia juga boleh ditukar kerana ada nama Melayu.
    5. Semua yang berkaitan Islam dan Melayu boleh ditukar.
    Berfikiran matanglah wahai bangsaku. Jangan kita dijajah lagi.

    ReplyDelete
  2. bodoh r lu..x tau sejarah rupanya...hehehe

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger