Wednesday, August 22, 2012

RAKYAT PULAU PINANG TERKEJUT ANWAR IBRAHIM MAHU PERTAHAN PERMATANG PAUH



Selepas menang dalam pengambilalihan Parlimen Permatang Pauh menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) setelah dikosongkan oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim sekali lagi mengumumkan hasratnya untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu.

Tindakan Anwar Ibrahim itu benar-benar mengejutkan rakyat Pulau Pinang yang selama ini mahu Ketua Umum PKR itu ‘bersara’. Ini kerana selama memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen, Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak pernah menjenguk permasalahan rakyat Permatang Pauh bahkan ‘gagal’ dalam membawa pembangunan seperti yang telah dipertanggungawabkan kepadanya sebagai wakil rakyat.

Selama ini hanya kerajaan BN sahaja yang banyak menyalurkan sumbangan dan bantuan pembangunan kepada Parlimen Permatang Pauh. Sebaliknya, Anwar Ibrahim sibuk menjelajah ke setiap negeri dengan mempromosikan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.

"Tiada sebarang pengesahan siapa akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undang Negeri (DUN) mana, kecuali saya yang sah akan bertanding di Permatang Pauh," -  Anwar Ibrahim.

Kenyataan Anwar Ibrahim itu telah membuatkan rakyat di Permatang Pauh kini memikirkan cara bagaimana mereka mahu ‘mengajar’ Anwar Ibrahim pada PRU-13. Sudah tiba masanya Anwar Ibrahim perlu diajar kerana selama ini telah banyk menyusahkan rakyat Permatang Pauh. Selama ini juga mereka yang pernah mengundinya dalam beberapa pilihan raya sebelum ini sukar untuk mendapatkan bantuan apatah lagi perkhidmatan sebagai wakil rakyat.

Rakyat kini mula sedar bahawa siapa pemimpin dan parti yang benar-benar membela rakyat. Bukan sekadar cakap sahaja tetapi kerajaan BN mengotakan janjinya tanpa perlu menjanjikan bulan dan bintang. 

2 komen:

  1. cam mana pula komen kamu tentang sulaiman taib yang tak pernah jenguk rakyat samarahan???tengoklah politik kat sarawak sendiri.Cam mana taib boleh kuasai ekonomi sarawak. dasar kamu ni bangang.goblok.anjing bn.

    ReplyDelete
  2. janji bn ditepati???bangang la lu ni....mana ada ahli politik yang betul2 menepati janji. mereka semua sama je...manusia gila kuasa....berapa tahun kita merdeka mana jalan raya untuk menghubunghi kapit??sebenarnya banyak lagi tau. banyak janji bn tak dapat ditepati. kcuali setelah parti pembangkang semakin kuat. baru bn pandai takut. kalau tak sampai bila pun tak akan maju.sedangkan CM kita kaya raya. Sebab itu, jangan sokong satu pihak je.mereka semua sama je. sebab tu, kedua2 parti politik(pembangkang @ bn) perlu sama kuat dan seimbang. barulah mereka akan betul2 bekerja membangunkan negara demi untuk masa depan politik masing2.keluarlah minda kamu tu dari kepompong bn.berfikir secara positif.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger