Friday, August 10, 2012

S. AMBIGA BERSARA, A. SAMAD SAID AMBIL ALIH BERSIH



Bermatlamat mahu kerajaan menunaikan 8 tuntutan BERSIH 3.0, Pengerusi BERSIH 2.0, A. Samad Said mengumumkan akan mengadakan perhimpunan Haram pada jam 10.00 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka.

Menurut A. Samad Said, perhimpunan ini membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil.

Apakah perhimpunan ini mewakili ‘rakyat’ atau hanya penyokong Pakatan Pembangkang sahaja? Ini kerana perhimpunan BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah diadakan sebelum ini telah ditolak rakyat kerana implikasi negatifnya melebihi positif.

Kenapa perlu mengadakan perhimpunan seperti ini sedangkan negara mempunyai saluran tertentu yang boleh digunakan untuk menyuarakan pendapat. Tambahan pula ada di antara tuntutan BERSIH yang telah dipersetujui SPR untuk dilaksanakan dalam PRU-13 nanti.

Ternyata apa yang cuba dibawa Pakatan Pembangkang dalam Perhimpunan Haram Janji Bersih ialah menghuru-harakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55 tahun. Dengan mengadakan Himpunan Haram Janji Bersih pada sebelah malamnya akan menggugat perbarisan Hari Kebangsaan pada keesokan paginya di tempat yang sama.

Ini kerana setiap kali penganjuran Himpunan Haram, penyokong Pakatan Pembangkang akan mengotorkan tempat mereka berkumpul.

Dengan mendakwa pelbagai janji yang dibuat oleh pihak kerajaan, tapi ianya sekadar janji kosong semata-mata sedangkan ada di kalangan penyokong Pakatan Pembangkang sendiri yang menerimanya seperti BR1M, KARISMA, Baucer Buku RM200, Bantuan Anak-anak RM100 dan banyak lagi.

Adalah lebih baik Himpunan Haram Janji Bersih diadakan di Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan lebih 80,000 penonton dan A. Samad Said boleh mendeklamasi puisi di hadapan penonton yang ramai berbanding di Dataran Merdeka. Bukan sahaja deklamasi puisi bahkan A. Samad Said boleh mengadakan konsert sekali di stadium itu.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger