Monday, September 10, 2012

ANAK SARAWAK BEKAS SETIAUSAHA EKSEKUTIF MB SELANGOR KELUAR PARTI



Anak tempatan Sarawak yang juga bekas Setiausaha Eksekutif Menteri Besar Selangor, Prof Dr Razali Bolhi bertindak keluar dari PKR dan menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Dr Razali merupakan pengamal perubatan homeopati yang juga bekas Naib Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor.

Tindakan Dr Razali ini telah menggemparkan PKR Sarawak dan PKR Selangor serta keseluruhannya memandangkan selama ini beliau sangat setia kepada PKR. Ini tamparan hebat buat PKR dalam menghadapi PRU-13 khususnya di Sarawak.

Jika sebelum ini banyak perkhabaran angin yang mengatakan ada beberapa pemimpin BN yang akan keluar parti dan menyertai Pakatan Pembangkang seperti mana yang dilakukan oleh Lajim Ukim dan Wilfred Bumburing. Ternyata perkhabaran angin itu meleset dan berlaku sebaliknya ke atas Pakatan Pembakang.

Keputusan menyertai BN-SUPP di Sarawak dibuat berdasarkan kepada kepimpinan Najib Razak yang benar-benar membela rakyat Sarawak dan melakukan transformasi ke atas pedalaman Sarawak.

Di samping itu, keputusan Pakatan Pembangkang yang sejak akhir-akhir ini pemimpinnya menyokong kempen BERSIH 3.0 dan segala macam demontrasi yang benar-benar menggugat keselamatan negara.

Beliau juga mengulas mengenai suasana politik Sarawak menjelang PRU-13 dengan meminta rakyat Sarawak memilih parti tempatan Sarawak seperti PBB, SUPP, PRS dan SPDP. Hanya parti tempatan sahaja yang memahami dan mengetahui keperluan rakyat Sarawak. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger