Friday, September 14, 2012

ANWAR IBRAHIM BAGI ALASAN BODOH UNTUK TIDAK MAHU KERAJAAN SELANGOR BUBAR DUN SERENTAK



Selaku Ketua Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim telah menyuarakan pendapat dan pandangannya bahawa Kerajaan Selangor tidak akan membubarkan DUN serentak dengan Pilihan Raya Persekutuan disebabkan takut terlepas kepada BN.

Selain takut kehilangan Selangor, Anwar Ibrahim berpandangan tindakan tersebut diambil kerana kegagalan SPR bertindak terhadap pelbagai isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya terutamanya membersihkan daftar nama pemilih yang diragui di Selangor. Anwar Ibrahim sekali lagi mahu menyalahkan SPR dalam hal ini.

Pada hakikatnya, isu-isu di Selangor yang membabitkan permasalahan rakyat seperti isu sampah, isu air bersih, isu Talam Corporation, isu Padang PKNS, isu pengusiran peniaga dan banyak lagi yang membolehkan rakyat menolak pemerintahan Pakatan Pembangkang. Pakatan Pembangkang juga seakan-akan tahu bahawa isu-isu ini menjadi duri dalam daging kepada mereka dalam menilai tahap pentadbiran mereka selama 5 tahun ini.

Selain sedar akan hak mereka, rakyat Selangor juga percaya sudah tiba masanya mereka menukar kembali pemerintahan kepada pihak yang benar-benar prihatin kepada permasalahan rakyat. Mengambil kira transformasi yang dibawa Perdana Menteri yang benar-benar mendahulukan rakyat dari segi pemerintahannya.

3 komen:

  1. Tidak gentlement langsung.....penakut rupanya....

    ReplyDelete
  2. si-penjubo pembohong tersohor sudah terketar lutut...kehkehkeh.

    ReplyDelete
  3. tidak ada manusia yg paling kaki segala kaki melainkan anuar ibrahim....walau apa pun klentungnya ,tetap ada penyokongnya yg buta perut buta hati dan buta segalanya........dah kehendak dunia camtu......biarlah yg jahat tetap di balas jahat....oleh tuhan....tunggu aje lah sekarang ni pi mana pun rakyat protest....siap baling cat merah........lagi

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger