Friday, September 28, 2012

BAJET 2013 MENGECEWAKAN ANWAR IBRAHIM



Intipati Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Dewan Rakyat petang tadi benar-benar membuatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Pembangkang tertunduk kecewa dan malu. Ini disebabkan Bajet 2013 sesuai dengan temanya ‘Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat: Sebuah Janji Ditepati yang dikhususkan kepada rakyat Malaysia yang semenangnya mahu ekonomi negara terus kukuh dan berdaya saing.

Manakala, Bajet 2013 Pakatan Pembangkang yang dibentangkan sebelum pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri lebih terarah kepada menjahanamkan ekonomi Malaysia dan seterusnya menyebabkan Malaysia bankrap.

Ini sekaligus membuatkan rakyat boleh menilai siapakah (Kerajaan BN atau Pakatan Pembangkang) benar-benar membela rakyat dan menunaikan janji ditepati.

Selepas pembentangan Bajet 2013 itu, Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Pembangkang lain segera melontarkan cabaran kepada Perdana Menteri bagi mendengar perbahasan berhubung Bajet 2013 pada Isnin ini.


Ini kerana, bermula Isnin ini, Anwar Ibrahim akan membahaskan cadangan Bajet 2013. Dengan harapan, Isnin ini Anwar Ibrahim akan cuba untuk ‘memalukan’ Najib Razak dalam perbahasan itu setelah Anwar Ibrahim dikecewakan dengan teruk pada petang tadi semasa pembentangan Bajet 2013.

Menjadi kelaziman Pakatan Pembangkang yang tidak akan bersetuju terhadap Bajet 2013 yang dibentangkan Najib Razak biarpun pelbagai inisiatif dan pelbagai macam peruntukan yang dikhaskan kepada rakyat dalam menangani ekonomi dunia yang sentiasa berubah.

Secara keseluruhan, rakyat di Malaysia menyambut baik intipati pembentangan Bajet 2013 yang meliputi keseluruhan lapisan sama daripada kanak-kanak sehiggalah kepada golongan veteran. Begitu juga kepada penjawat awam dan swasta sehinggalah kepada syarikat-syarikat besar.

Najib Razak dalam pengakhiran pembentangan Bajet 2013 menggesa rakyat menilai perbuatan dan tindakan yang telah dilaksanakan Kerajaan BN dalam mensejahterakan rakyat berteraskan janji ditepati berbanding Pakatan Pembangkang yang hanya retorik dan berjanji hanya untuk mengaburi mata rakyat menjelang pilihan raya.

Najib Razak juga meminta rakyat menilai semula perbuatan pemimpin Pakatan Pembangkang yang kini mentadbir 4 buah negeri tetapi dipenuhi dengan pelbagai macam masalah. Apakah pula yang akan berlaku sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah negara? Justeru, Bajet 2013 yang dibentangkan Najib Razak itu telah meliputi keseluruhan dan segenap lapisan masyarakat tanpa meninggalkan kesangsian.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger